fbpx
Sahabat saya, Mamduh Nuaim (berjubah kelabu).

Berkongsi Cerita.

Hari ni sahabat saya, Nuaim Mokhtar datang ziarah rumah. Sungguh lama tak berjumpa. Masa saya berada di Arab Saudi, beliau sakit. Alhamdulillah, Allah telah sembuhkan dia. Bila berjumpa, 1001 kami bertukar cerita.

Sekarang dia berkhidmat di xxxxx di bawah KPM sebagai guru. Alhamdulilah rezekinya. Banyak-banyak cerita, satu cerita yang menyentuh saya. Sahabat saya posting di pedalaman xxxx.

Yang menyedihkan apabila diberitahu masyarakat di sana bagaimana. Hakikatnya masyarakat kita memang teruk sosialnya. Dia berkongsi yang terbaru ada remaja tingkatan 3 hamil.

Institusi kekeluargaan di Malaysia dah semakin teruk. Keluarga bercerai berai, zina berluasa, anak dari kelahiran zina pun tinggi. Usah berbicara tentang solat, zakat, ramai yang memang tak buat langsung.

Dikongsi lagi dengan keadaan masyarakat dipenuhi dengan judi, ramai anak berbin dan berbintikan Abdullah. Boleh bayang bagaimana 10 tahun, 20 tahun akan datang?

Saya doakan sahabat saya teguh dalam membuat islah di tempat beliau. Jihadnya besar. Semoga dipermudahkan.

Saya berkongsi sedikit sebanyak tentang takaful dengan beliau. Alhamdulillah, berkongsi ilmu cukup mengembirakan saya. Saya tak ingat nak bergambar td. Haha. Ini gambar beliau 10 tahun lepas. Masih sama.

Abu Nuha Nuwairah.

Need help?