fbpx

Wahai Lelaki Yang Bergelar Suami!

Saya menulis nasihat ini untuk kenalan saya yang baru kahwin khususnya. Saya menulis atas dasar saya kasih kepada sahabat saya yang baru membina rumah tangga. Bagi saya, nasihat awal perkahwinan amatlah diperlukan supaya ada panduan dalam rumah tangga.

Wahai sahabat,

Perkahwinan itu satu perkara yang berat. Ia berat dengan tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya membincangkan tentang hubungan suami isteri bahkan membincangkan perkara yang lebih besar iaitu membina generasi.

Anak yang soleh/solehah terlahir daripada keluarga beragama. Istilah beragama ramai yang salah faham. Tahu ilmu agama tidak sama beramal dengan agama. Ramai orang yang tahu ilmu agama tetapi tidak beramal dengan agama itu sendiri. Jadi amat penting untuk hidup beragama.

Wahai sahabat,

Isteri bukanlah seorang pembantu rumah, bukan seorang yang memenuhi syahwat kita semata-mata, bukan seorang yang boleh kita layan sebagai orang bawahan kita. Isteri adalah diri kita, sakit dia adalah sakit kita, gembira dia adalah gembira kita. Jadi, layanlah dia sepertimana diri kita mahukan layan tersebut.

Isteri perlukan respect sepertimana diri kita pun nakkan respect daripadanya. Isteri nak bermanja sepertimana kita pun hendak bermanja. Isteri perlukan tempat luahan sepertimana kita juga memerlukan tempat meluah.

Wahai sahabat,

Kita lelaki, kita ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Allah berikan tugas kepada kita untuk menafkahi keluarga. Jangan serah tugas kita kepada isteri dan memakan hasilnya. Tidak salah untuk dia bantu tetapi biarlah ada bahagian kita menafkahi mereka.

Makan minum, tempat tinggal, dan beberapa keperluan lain biarlah dari hasil titik peluh kita biarpun isteri kita mampu 3 kali ganda daripada kita. Jangan serah tugasan ini kepada mereka. Jangan bagi hilang izzah sebagai suami!

Allah bagi tugasan tersebut untuk memberi satu kemuliaan bagi seorang suami. Jangan hilangkan kemuliaan tersebut. Kemuliaan seorang suami terletak sebanyak mana dia menunaikan tanggungjawab.

Wahat sahabat,

Ketahuilah bahawa isteri itu berbeza cara fikirnya dengan kita sebagai lelaki. Jangan samakan. Telah banyak buku-buku ditulis untuk selesaikan masalah ini. Tolong baca dan fahami. Saya sendiri masih belajar hal ini.

Kita orang lelaki kalau lapar, “Yang, abang lapar la”.

Isteri tak cakap begitu tetapi dengan ayat, “Abg lapar tak?”

Padahal maksudnya sama, kedua-dua ayat itu menunjukkan kedua-dua lapar. Jadi kita kena fahami bahasa mereka.

Wahai sahabat,

Jangan sekali-kali membelakangi isteri dalam apa-apa hal. Kecil hati si isteri bila kita tidak bercerita atau berbincang dengan mereka. Sekali isteri tahu kita berbohong, susah untuk datangkan kepercayaan lagi. Jujur sahajalah. InsyaAllah ada kebaikan.

Mungkin adakalanya kita berhelah tetapi jangan jadikan amalan. Bahaya untuk rumah tangga.

Wahat sahabat,

Tidak akan pernah rumah tangga akan aman dari perbalahan, berselisih pendapat. Jadilah suami yang boleh berbincang dengan isteri dan ambil tindakan yang boleh memenangkan kedua-dua pihak. Jangan terlalu keras sehingga isteri tidak jadikan tempat untuk berbincang kerana dia tahu bahawa kalau bincang pun tidak selesaikan masalah.

Kalau kita belajar sirah, asam garam rumah tangga Rasulullah SAW pun pernah ada konflik, apatah lagi kita yang bilis-bilis ni. Jadi, jadilah pasangan yang bijak.

Wahai sahabat,

Selamat berumah tangga ya. Banyak lagi nasihat nak diberikan. Tetapi setakat ini dulu buat kali ini. Sayang isteri dan jaga dia baik-baik. Ambillah nasihat ini sebagai pedoman jika baik untuk diri. Jika rasa tidak sesuai, boleh ketepikan. Saya tahu bukan semua ubat sesuai untuk semua pesakit.

Abu Nuha mengharapkan rumah tangga kita semua diberkati Allah taala.

[/et_pb_blurb][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”4.20.2″ _module_preset=”default” custom_padding=”1px||0px|||” global_colors_info=”{}”][/et_pb_section]

5 4 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?