Surat Mahram Untuk Permohonan Saudi

Haa, jangan baca tajuk sahaja. Baca juga penerangan saya tentang hal ni.

Pada asalnya dulu, 2021 dan ke bawah, Arab Saudi wajibkan pelajar perempuan mesti ada mahram untuk permohonan di sana. Sebab itulah pelajar kita memang sedikit. Jadi jangan hairan jika tanya berapa orang pelajar perempuan di Arab Saudi. Bilangan tak sampai 10 orang pun termasuk adik saya yang berada di PNU.

Bermula awal 2022, PNU dan KSU dah buat pengumuman yang mereka tidak perlukan mahram lagi. Satu berita gembira untuk semua. Jadi ramailah yang memohon awal Feb hari. Yang dapat penerimaan awal seramai 18 orang. Itupun mereka masih tunggu berita seterusnya.

Sampai ini kita fahamlah yang kebanyakkan universiti tidak perlukan mahram. Cuma yang menjadi persoalan ialah apabila website Kementerian Pelajaran Arab Saudi perlukan mahram untuk permohonan. Saya rasakan hal ini akan update kembali kerana ia bercanggah dengan pengumuman universiti.

Oleh itu, bagi yang ada mahram, dia tiada masalah hal ini. Di sini saya tunjuk beberapa langkah untuk pemohon buat surat mahram.

Langkah pertama (option) :

Surat Mahram daripada Pejabat Agama Negeri

Apa yang diperlukan?

1) Surat beranak pemohon.

2) Surat beranak mahram.

3) Salinan passport pemohon.

4) Salinan passport mahram.

Langkah kedua (wajib) :

Surat Mahram daripada Kedutaan Malaysia di Arab Saudi.

Adakalanya kedutaan nak surat seperti pada langkah pertama di atas. Namun, atas budi bicara insyaAllah lepas untuk dapatkan surat mahram ni.

Apa yang diperlukan?

1) Iqomah mahram.

2) Passport pemohon.

3) Passport mahram.

4) Salinan kad pengenalan Malaysia pemohon.

5) Salinan kad pengenalan Malaysia mahram.

6) Surat mahram daripada pejabat agama (pilihan).

Ada yang bertanya. Pentingkah mahram? Jawapannya, kalau ada maka itulah yang terbaik. Kalau ramai-ramai yang mohon, kita ada kelebihan di situ. Namun bukanlah satu jaminan untuk kita dapat tawaran.

Saya berharap perkara ni jelas untuk semua.

Abu Nuha Nuwairah.

10 thoughts on “Surat Mahram Untuk Permohonan Saudi”

  1. Salam Aleykoum! So it means that our mahram has to live with us while we study ? My father is not religious, he will never accept that 🥲

  2. assalamualaikum, saya ada soalan.

    1. kalau kita tak ada mahram di sana, boleh ke bapa apply untuk jadi mahram di sana ?
    2. kalau boleh, hanya bapa seorang sahaja atau satu family ?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top