Surat Sokongan (Tazkiyah) Untuk Permohonan Saudi

Kali ini saya ingin berkongsi tentang tazkiyah. Istilah yang sering digunakan untuk mana-mana permohonan. Hatta kadangkala untuk mohon kitab percuma juga perlukan surat sokongan. Surat sokongan ini bermaksud satu pengiktirafan individu kepada individu lain.

Kita khususkan penulisan kali ni untuk permohonan Arab Saudi. Untuk makluman semua, perangai orang Arab ini suka kepada “kabel”. Ini bermakna kalau kita ada hubungan baik dengan mereka dan kita pula disokong oleh individu yang mereka kenali, urusan kita akan jadi mudah.

Haa, bukan kat Malaysia je ada perangai kabel ni. Namun, tidak bermakna semua urusan begitu. Ada sahaja yang ikut prosedur yang profesional. Saya bercakap tentang kebanyakkan yang berlaku.

Oleh itu, kemungkinan ada peluang juga bagi mana-mana pemohon yang punyai surat sokongan individu yang berpengaruh. Namun, ia bukan satu jaminan untuk dapat tawaran. Ada faktor lain juga.

Cuba minta daripada TGHH, Dr Zul Al-Bakri dan lain-lain. Ada juga asatizah sukar nak berikan tazkiyah kerana beliau tidak kenal empunya badan.

Adab kita sebagai peminta tazkiyah :

1) Hubungi dan ziarah asatizah yang kita nak ambil tazkiyah daripadanya.

2) Perkenalkan diri dan beritahu hasrat.

Jangan main terjah, terkejut mereka. Tunjuk akhlak yang baik kepada mereka, barulah mereka akan bagi sokongan.

Abu Nuha Nuwairah

6 thoughts on “Surat Sokongan (Tazkiyah) Untuk Permohonan Saudi”

  1. assalamualaikum, untuk surat tazkiyah boleh mohon kat siapa dan di mana ye ? sebab saya ada pegi jabatan hal ehwal agama islam tapi diorang kata diorang tak keluarkan tu saya confuse 😅

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top