Cara-cara Memohon Pengajian di Arab Saudi Bermula 2022

Permohonan pengajian Arab Saudi berbeza semasa dari semasa. Dahulunya pada zaman saya tahun 2012, permohonan by hand. Saya isi borang dan kirim kepada senior yang belajar di Riyadh. Berbeza permohonan di Universiti lslam Madinah iaitu melalui online dan begitu juga Universiti Umm Qura’. Kiranya setiap universiti mempunyai cara tersendiri.

Ada juga universiti yang hanya permohonan borang sahaja tanpa ada temuduga dan ada yang buat temuduga seperti Universiti Islam Madinah dan Universiti Majmaah.

Setelah masa berlalu, pihak kerajaan Arab Saudi telah pusatkan dalam satu sistem iaitu di website rasmi Kementerian Pelajaran bermula 2022. Pemerhatian saya apabila ImamU, PNU, KSU memberi laman web yang sama bagi permohonan baru yang memberi isyarat bahawa pemilihan akan ditetapkan oleh pihak universiti dan pihak kementerian. Bagaimana cara mereka memilih saya pun tidak tahu.

Sekarang saya akan kongsikan cara untuk memohon.

Langkah pertama :

Tekan tasjil untuk daftar akaun

Langkah kedua :

Isi bahagian أخرى dan isi email dll dan ke langkah ketiga setelah tekan التالي.

Langkah ketiga :

Isi maklumat seperti yang dikehendaki dan tekan التالي dan anda akan terima satu email.

Langkah keempat :

Ini email yang anda akan dapat dan tekan link tersebut.

Langkah kelima :

Masukkan password seperti yang dikehendaki.

Langkah keenam :

Anda akan ke bahagian ini. Maklumat anda sedang diproses. Mungkin ambil masa sehari dua.

Langkah ketujuh :

Pergi balik ke link asal pada langkah pertama dan masuk seperti biasa.

Langkah kelapan :

Sila tekan البحث عن جامعة dan pilih universiti yang dikehendaki.

Langkah kesembilan :

Pilih kuliah yang dikehendaki. Selalunya pelajar luar negara wajib ambil Maahad Lughah terlebih dahulu.

Langkah kesepuluh :

Isi maklumat yang dikehendaki.

Langkah kesebelas :

Anda akan dapat nombor permohonan. Pastikan screenshot dan buat simpanan.

Akhir sekali banyakkan berdoa.

Semoga bermanfaat.

Abu Nuha Nuwairah.

68 thoughts on “Cara-cara Memohon Pengajian di Arab Saudi Bermula 2022”

  1. Salam ust ..sy ada mohon KSU tuk anak sy baru² ni..namun belum dpt apa² respon dr pihak KSU..apa perlu sy dftr di web ” studyinsaudi” ?

    1. Wasalam. Hari tu KSU ada update twitter yang sesiapa yg mohon KSU, kena isi juga dalam website StudyinSaudi. Jadi untuk langkah terbaik, isi kedua-dua sbb website KSU bawah universiti dan StudyinSaudi bawah kementerian.

  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz.

    Merujuk langkah kelapan, saya keliru dalam mencari Universiti Imam, sebab ada yang gambar dia Universiti Imam, tapi dia tulis Umm al-Qura.

    Ada pula gambar dia universiti lain, tapi nama Universiti Imam.

      1. saya dah daftar dan dah log in. cuma paparan seperti di dalam gambar je skrg. sistem permohonan tu belum masuk lagi.

  3. 1,adakah jenis medical checkup sama seperti yang lazimnya di minta oleh IPT di Malaysia ?
    2. adakah sijil kelakuan baik yang dikeluarkan oleh pihak sekolah @ univesity diterima ?
    3. adakah syarat pertama kita perlu ikuti kursus bahasa disana dahulu , kemudian baru masuk kos yang dipilih ?

  4. salam ustaz, kalau saya takde STAM atau tak ambik bahasa arab semasa SPM boleh ke nak mohon untuk belajar bahasa di mana mana jamiah ? Terima kasih ustaz

  5. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya kalau dah lepas qobul nihaie untuk university imam biasanya berapa lama ya untuk tau keputusan dapat visa ke tak

  6. assalamualaikum, saya nak tanya, masa nak mohon dia suruh pilih diploma/bachelor, jadi kita perlu pilih diploma dulu, atau terus pilih bachelor dan akan automatic termasuk untuk program bahasa arab selama dua tahun tu ?

      1. ouhh. boleh saya tahu, lepas kita dah apply, ambil masa berapa lama untuk kita dapat result sama ada kita diterima atau tidak ?

        1. Bergantung cik, ada setahun, ada 2 tahun. Jadi kena banyakkan berdoa sbb belum tentu yg naik nama dpt datang. Bergantung kepada pihak kementerian pula utk berikan visa. Itu yg makan masa.

  7. Siti Nur Zalina

    Assalamualaikum. Saya berminat untuk ambil short, non-academic course – setahun atau kurang, bahasa Arab atau Al-Quran – di Saudi Arabia. Mohon pencerahan.

    1. Waalaikumussalam, setahu saya tiada short course seperti yang dihasratkan. Yang mohon untuk pengajian di sana perlu melalui proses pengajian rasmi seperti dalam StudyInSaudi dan ada syarat-syaratnya.

      Walaupun dia berhasrat untuk belajar bahasa Arab, dia mohon permohonan degree. Apabila dapat, diwajibkan untuk masuk kursus bahasa arab untuk beberapa semester. Dah lulus baru masuk degree. Jadi ada yang belajar habis kursus bahasa sahaja kemudian balik Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top