fbpx

Saudi Tawarkan Pengajian Master dan PHD Untuk Lepasan Luar Saudi?

Kali ini saya ingin berkongsi tentang lepasan luar Saudi yang ingin sambung pengajian di Arab Saudi rentetan poster yang KPT naikkan beberapa hari lepas. Sebagai alumni, kita bergembira dengan berita tersebut, namun secara realiti bagaimana?

Saya fikir saya perlu berkongsi tentang tajuk ini memandang ramai yang belum tahu hal sebenarnya. Saya bercakap atas dasar pengalaman sebelum ini dan pengetahuan yang saya ada.

Pertama, kebanyakkan pengajian di Arab Saudi ditawarkan bermula dengan Maahad Lughah (persediaan bahasa Arab), kemudian barulah ditawarkan ke peringkat seterusnya. Ini bermakna, pelajar yang memohon peringkat degree perlu lalui Maahad Lughah terlebih dahulu. Ada universiti yang benarkan terus ke peringkat degree bagi yang sudah boleh berbahasa Arab, itupun selepas lalui temuduga diawal kedatangan pelajar tersebut.

Kedua, pelajar yang telah habis di universiti berpeluang untuk sambung ke peringkat Master dan juga PHD apabila berkelayakan. Universiti Islam Madinah, Universiti Umm Qura’ dan lain-lain universiti hanya menerima pelajar lepasan Arab Saudi sahaja untuk sambung ke peringkat Master dan PHD.

Ketiga, bukan semua universiti yang tidak benarkan lepasan luar Arab Saudi. King Saud Universiti (KSU) menerima lepasan luar Arab Saudi dan juga beberapa tahun kemudian ini Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud menerima untuk sambung ke peringat Master dengan sijil degree daripada luar Saudi. Peringkat PHD belum ada yang mencuba. Mereka yang dapat sambung ke peringkat Master perlu lalui Maahad Lughah terlebih dahulu dan barulah buat urusan.

Keempat, yang terbaru apabila KPT maklumkan bahawa Arab Saudi telah buka untuk peringat Master dan PHD, secara praktikalnya ia adalah baru dan mungkin bertentangan dengan sistem beberapa universiti yang berada di Arab Saudi. Apabila kita rujuk sistem pun, tidak untuk perbezaan untuk antara permohonan diploma, degree, Master dan PHD. Itulah yang musykilkan saya.

Saya berharap hasrat orang kita dapat sambung ke peringkat Master dan PHD tercapai. Saya berharap juga jangan meletakkan harapan terlalu tinggi. Kita usaha terlebih dahulu dan kemudian bertawakal. Semoga semua urusan permohonan dimudahkan.

Abu Nuha Nuwairah

4 6 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
nazu
Guest
nazu
2 years ago

can I go to PNU just to study Arabic Language? My SPM has passed more than 5 years and I already has a Master’s Degree, but I am still below 25 years old. 1) Is there any scholarship just to study Arabic Language in PNU? 2) Is it possible to use my own money as the last resort? Thank you so much!

Amina
Guest
Amina
7 months ago

salam aleykoum, I wanted to study law as a non Saudi and I’m willing to pay my own fees but do they even give the opportunity for expats do to other than Islamic studies. I wanted to learn Arabic and do law and do a pet time Islamic study on my own free time . Thank you

wfa
Guest
wfa
10 months ago

maahad lughah tu buat kat mana? saudi ke?

Scroll to Top
Need help?