fbpx

Penjelasan Terkini Permohonan StudyinSaudi

Terima kasih yang sudi datang ke website saya untuk permohonan Arab Saudi. Saya ada jelaskan beberapa perkara sebagai rujukan semua. Saya syukur kalau seorang dua dapat ambil manfaat daripada perkongsian saya.

Apa yang saya tulis itu merangkumi 80% maklumat yang anda perlu tahu dan 20% adalah teknikal bagaimana untuk uruskan dokumen dan maklumat yang perlu isi. Niat saya adalah membantu pemohon bagi urusan yang sepatutnya dibuat.

Isu yang timbul adalah Kementerian Pelajaran Tinggi tidak jelas tentang iklan yang dibuat. Saya pasti iklan tersebut dimaklumkan untuk sebaran umum daripada Kementerian Pelajaran Arab Saudi. Cuma, setelah sehari dua melihat sistem website StudyinSaudi, ada beberapa perkara yang tak kena.

Pertama, poster KPT mengatakan permohonan dibuat adalah untuk 4 peringat pengajian, Diploma, Degree, Master dan PHD. Namun, kalau kita lihat di dalam website, tiada pilihan kecuali untuk Diploma/Degree sahaja disebabkan had umur 25 tahun sahaja. Sistem website terus tolak bagi pemohon yang lebih 25 tahun.

Kedua, tiada syarat yang jelas diberitahu di dalam website StudyinSaudi. Awalnya saya buat andaian bahawa permohonan boleh dibuat oleh sesiapa pun. Apabila salah seorang pemohon PHD cuba untuk memohon, permohonan tidak dapat dihantar pun disebabkan umur lebih daripada 25 tahun. Hal ini menyebabkan saya rasa KPT perlu perjelaskan balik di dalam page Facebook mereka.

Ketiga, ada beberapa yang mesej saya secara personal bertanya tentang bayaran yang dikenakan apabila dia daftarkan bidang yang dia pilih. Ini pun saya dah pelik, kenapa nak kena bayar pula sedangkan yang ditawarkan ialah biasiswa. Ini pun KPT kena perjelaskan kepada umum.

Itu sahajalah penjelasan ringkas. Saya sebenarnya bimbang jika ada pemohon yang lebih 25 tahun buat urusan itu ini, akhirnya ditolak. Penyediaan dokumen adalah kos. Passport, terjemahan, medical check up, dan banyak lagi.

Saya berharap ada jalan keluar dalam masalah ini. Harapnya KPT boleh hubung balik dengan pihak Kementerian Pelajaran Arab Saudi. Saya bukan wakil universiti tetapi saya ingin bantu pemohon capai hasrat mereka untuk belajar di sana.

Allah bagi saya peluang 7 tahun di Riyadh. Saya rasa saya perlu berterima kasih dengan cara menolong orang lain juga. Apapun, doakan saya untuk urusan dunia akhirat.

Abu Nuha Nuwairah.

5 6 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Farhah
Guest
Farhah
1 year ago

Saya pelajar tahun akhir degree law di UA Malaysia dan akan habis bulan 7 2023. Boleh ke saya nk apply untuk Master di website SA tu sekarang?

Scroll to Top
Need help?