fbpx

Kuasai Tabiat Capai Matlamat – Nota 6

Akhirnya kita bersama nota terakhir, nota keenam. Apa yang kita akan belajar ialah membetulkan salah faham tentang motivasi. Apakah motivasi dan apa bezanya dengan disiplin. Bagaimana kita nk hidup dengan bersistem?

Motivation is overrated.

Motivasi tidak salah, tetapi yang salahnya ialah ramai orang bergantung kepada motivasi semata-mata. Tidak berkesudahan mencari motivasi dan big why.

Motivasi sebagai pencetus.

  1. Motivasi ialah perasaan macam mahu buat dan disiplin ialah buat apa patut dibuat tanpa kisah apa yang kita rasa.
  2. Motivasi ia datang dan pergi tetapi disiplin ia senantiasa ada.
  3. Motivasi dianggap perlu ada perasaan sebelum boleh buat kerja manakala disiplin mengasingkan perasaan daripada kerja yang perlu dibuat.

Orang bertangguh menunggu rasa puas selepas buat kerja tetapi yang sepatutnya ialah perasaan puas itu apabila kita siap melakukan kerja.

Matlamat dan sistem. Ironinya jika seorang tidak fokus kepada matlamat dan fokus kepada sistem akan membantu kita lebih mudah mencapai matlamat. Berbeza jika sebaliknya jika kita hanya fokus kepada matlamat sahaja.

Sistem ialah aturan kerja yang tersusun dan berdisiplin. Adakan dalam hidup kita sistem supaya kita bergantung kepada “mood”, motivasi dan semangat.

Sebagai contoh :

Matlamat : Berjaya siapkan buku.

Sistem : Disiplin dan jadual menulis setiap hari secara kosisten.

Sistem bukanlah benda susah. Ia adalah tabiat kita mengikut aturan jelas yang telah ditetapkan. Sistem yang bagus ialah sistem yang mepunyai aturan, kekangan & syarat jelas. Buang terlalu banyak pilihan dan paksa kita fokus dengan lebih jelas.

Setakat ini sahaja saya punya nota tentang KTCM dan kita recap semula :

  1. Marshmallow experiment.
  2. Tabiat : automatik.
  3. Cue – routine – reward.
  4. Perspektif masa.
  5. Buang sikap bertangguh.
  6. Mulakan tabiat lebih baik.
  7. Kuasai persekitaran.
  8. Susun sistem kerja yang bagus.
  9. Motivasi vs disiplin vs sistem.

Semoga bermanfaat.

Abu Nuha Nuwairah.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?