fbpx

Kuasai Tabiat Capat Matlamat – Nota 5

Haa, ini pula nota kelima yang saya notakan balik daripada video KTCM. Saya mengharapkan kebaikan daripada nota ringkas ini supaya kita menjadi seorang manusia versi yang lebih baik. Itulah anjuran Islam untuk jadikan seorang hamba lebih baik daripada semalam.

Kali ini kita berkisar tentang kuasi persekitaran untuk kuasai tabiat. Jangan bergantung kepada motivasi semata-mata dan gunakan cue untuk trigger permulaan kerja.

Motivation is overrated.

Context is the key.

Context yang dimaksudkan di sini ialah persekitaran lebih besar pengaruhnya kepada diri kita. Orang yang bermotivasi tinggi tapi duduk dalam konteks yang salah akan susah untuk mengekalkan motivasi.

Buatlah perancangan yang mengambil worst case scenario (fail safe). Kita jangan bina perancangan menggunakan best case scenario.

Fail safe methodology : kalau gagal dikira masih berjaya.

Stanford prison experiment menyatakan kelakuan seseorang banyak ditentukan oleh persekitaran dan pengaruh persekitaran lebih besar daripada apa yang kita sedar.

Limit your freedom.

Orang ingat kebebasan itu bagus atau banyak pilihan itu bagus tetapi hakikatnya terlalu banyak pilihan menyebabkan kita stress. Kita akan celaru dalam membuat pilihan. Banyak perkara menjadi lebih baik apabila dihadkan.

Gunakan teknik “Pandang Luar Tingkap”.

Eugene Schwartz  telah menulis 9 buah buku, beratus artikel, dan beratus iklan berjaya. Beliau bekerja hanya 3 jam sahaja sehari.

Kita pula bekerja 12 jam sehari, tak nmpk hasil.

Apa yang dia buat? Dia kawal persekitaran kerja. Dia buat kerja di meja yang sama, tak buat di tempat lain. Kiri ada kopi dan kanan ada pen serta kertas. Dia setkan masa 33 minit.

Sepanjang 33 minit dia beri tugas kepada dirinya hanya boleh minum kopi, boleh pandang luar, boleh tak buat apa tetapi dia tak boleh bangun dan tak boleh buat kerja lain.

Apa yang berlaku? Apabila dia pandang luar tingkap puas-puas sampai bosan, akhirnya dia terpaksa juga buat kerja.

Keystone habit : satu tabiat yang membawa kepada lebih banyak tabiat lain.

Pertama, tidur pada masa tetap dan bangun pada masa tetap. Kita boleh tengok ramai yang harinya tunggang-langgang sebab tidur tidak betul.

Kedua, rutin pagi yang tersusun baik akan menjadikan hari terus bersemangat.

Tugasan kali ini ialah bina persekitaran yang bagus dan mulakan habit baru yang mahu dimulakan. Buang negative trigger daripada persekitaran. Akhir sekali, rancang  keystone yang membantu memudahkan pembinaan tabiat yang lain.

Abu Nuha Nuwairah.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?