fbpx

Ini kisah benar yang dirakamkan dalam sebuah buku. Cerita ini berlaku di Eropah. Seorang ayah yang ketagih arak. Memang kalau tak minum sehari, memang tak boleh hidup. Satu hari, si ayah tersedar dari tabiat buruknya lalu dia ambil keputusan untuk berhenti.

Lama-kelamaan si anak perasan yang ayah dia berhenti ketagih arak. Lalu dia bertanya ayahnya.

“Ayah buat camne sampai boleh berhenti minum.”

“Aku menahan diri aku untuk tidak minum hari ini dan bukan esok.”

Maknanya si ayah berazam supaya tidak minum hari ini yang dalam kuasanya untuk tahan diri daripada minum. Apabila esok datang, dia buat benda sama. Masa berlalu, lalu dia pulih daripada tabiat buruk tu.

Apa yang kita boleh dapat pengajaran daripada kisah ini?

Kita boleh ubah apa yang berlalu sekarang. Masa lepas biarkan berlalu, masa depan belum tentu. Kita ada kuasa untuk masa sekarang untuk memilih.

Dengan kisah ini kita boleh ubah semua tabiat buruk kita :
1) Hisap rokok.
2) Tengok benda lucah.
3) Mencuri.
4) Cakap bohong.
5) Mengumpat.
….
1001) ….

Banyak perangai buruk yang boleh kita boleh ubah hari ini bukan esok!

Abu Nuha Nuwairah.

Need help?