fbpx

Inilah soalan yang paling banyak saya terima. Rata-rata ramai pelajar perempuan berminat untuk sambung ke Arab Saudi. Iya lah, Makkah Madinah antara target utama. Ada yang fikir nk hijrah ke Saudi dan nak bawa keluarga.

Pertama sekali, saya ucap tahniah atas niat murni antunna semua. Cuma beberapa benda yang perlu diperjelaskan. Betulkan niat untuk pergi ke Arab Saudi adalah untuk menuntut ilmu. Niat kedua ketiga itu menyusul. Saya takut ada yang target Makkah Madinah, bila waktu belajar, kerja rumah banyak yang menyebabkan tak sempat nak ke sana. Maka mulalah yang mula ponteng kelas, tidak hadir kelas dan lain-lain juga. Begitu juga niat-niat lain. Ada yang datang nak berniaga, nak jadi mutawif dan lain-lain. Itu hanyalah sampingan. Jangan lari niat asal.

Kedua, awal tahun 2022 Princess Noura University (PNU) ada buat penyataan yang pemohon perempuan tidak perlu mahram. Begitu juga King Saud University (KSU) mengata tidak perlu kepada mahram. Ini bermakna universiti secara khusus memberitahu bahawa mereka tidak perlu mahram.

Ketiga, apabila website StudyinSaudi iklan bahawa mereka perlukan mahram, saya dah keliru. Hatta di dalam pilihan PNU di dalam website StudyinSaudi pun kata perlukan mahram. Saya pun tak tahu siapa yang salah sekarang ni.

Pandangan saya?

Saya berpandangan supaya ambil peluang untuk memohon walaupun website StudyinSaudi perlukan mahram. Cuma bagaimana bahagian mahram itu? Saya lihat ruangan itu wajib diisi dan bukan pilihan. Bagaimana ruang tersebut? Tinggal kosong saja atau letak apa-apa yang boleh submit. Jika pemohon tidak yakin, maka pemohon tidak perlu isi permohonan StudyinSaudi.

Abu Nuha Nuwairah.

Need help?