fbpx

Kelebihan Belajar di Arab Saudi

Perkongsian kali ini tentang kelebihan belajar di Arab Saudi yang pernah saya lalui sendiri selama 7 tahun lebih. Alhamdulillah atas nikmat yang besar ini. Allah sahajalah tempat bersyukur. Terima kasih juga kepada kerajaan Arab Saudi kerana memilih saya sebagai anak angkat mereka untuk belajar di sana.

Apa yang saya boleh senaraikan di sini ialah :

1) Pelajar akan dapat biasiswa SAR840 setiap bulan dan kos sepanjang pengajian adalah percuma.

2) Penginapan percuma sepanjang di Arab Saudi kecuali yang memilih untuk tinggal di luar hostel pelajar. Biasanya yang tinggal di luar ialah pelajar yang berkeluarga. Mungkin ada bantuan daripada yayasan kebajikan di sini, namun pihak pelajar mesti usahakan sendiri.

3) Belanja makan minum dengan subsidi. Yang ini berbeza mengikut universiti masing-masing. Ada yang universiti jual kupon untuk sebulan terus, ada yang jual kupon harian dan ada juga yang percuma.

4) Tiket percuma kembali ke negara masing-masing setiap tahun. Para pelajar tidak perlu keluarkan duit untuk bercuti di negara masing-masing.

5) Pelajar dapat menunaikan umrah sebanyak mana yang diingini sepanjang di Arab Saudi dengan syarat tidak menganggu pelajaran.

6) Pelajar juga berpeluang untuk menunaikan haji percuma di bawah yayasan kebajikan di Arab Saudi atau dengan belanja sendiri jika mampu.

7) Pelajar dapat kitab percuma dari tempat tertentu. Yang ni kena rajin sikit pergi ke sana.

8) Kuliah Masyaikh banyak di masjid-masjid terutama Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Terpulang kepada individu rajin atau malas.

9) Berpeluang menyertai halaqah-halaqah Quran dan talaqqi kitab. Di akhir program akan ada exam, para pelajar berpeluang dapat hadiah.

10) Para belajar dapat cari dan beli kitab untuk koleksi sendiri dengan pergi ke Pesta Buku. Jauh beza jika kita beli dari Malaysia. Selalunya cetakan Saudi memang cantik.

11) Berpeluang untuk jelajah seluruh Arab Saudi tanpa had masa. Alhamdulillah saya sendiri berjaya jelajah seluruh Saudi.

12) Bantuan kewangan. Jika pelajar ada masalah kewangan, para pelajar boleh buat permohonan di yayasan kebajikan di Arab Saudi.

Itulah yang saya dapat ceritakan sedikit kelebihan belajar di Arab Saudi dan mungkin banyak lagi. Kawan-kawan saya boleh share diruangan komen. Terima kasih.

Tertarik tak?

Kenangan gambar di Riyadh.
5 5 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Pn azi
Guest
Pn azi
2 years ago

Terima kasih ust ats perkongsian

Mu'az Zolkafeli
Guest
2 years ago

Barakallahufikum Ustaz

Scroll to Top
Need help?