Dokumen Permohonan Universiti di Arab Saudi

Dokumen yang disenaraikan wajib dipenuhi oleh pemohon bagi memastikan permohonan yang dibuat dapat diproses dan dipilih. Bagi pemohon yang tidak menepati syarat atau tidak memenuhi dokumen yang diperlukan, permohonan anda akan ditolak oleh sistem.

Senarai Dokumen
Senarai Dokumen

Senarai dokumen adalah seperti berikut :

1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) jika diminta. Selalunya permohonan hanya minta SPM.

2) Terjemahan SPM dalam bahasa arab oleh ITBM. Sila layari https://www.itbm.com.my untuk urusan terjemahan. Harga boleh rujuk di website.

3) Medical check up / pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan atau swasta. Pemeriksaan tersebut tidak boleh lebih 6 bulan. Pastikan isi untuk 2 bahasa, Arab dan Inggeris.

4) Terjemahan Surat Beranak.

5) Passport. Pastikan valid lebih 2 tahun supaya tidak timbul isu pasport expired yang menyebabkan visa keluar dengan no passport lama. Urusan akan jadi leceh.

6) Gambar berukuran passport (4×6). Latar belakang selalunya putih.

7) Good Conduct. Boleh layari https://ekonsular.kln.gov.my/login. Permohonan ini ambil masa 2 minggu dan lebih sebulan.

8) Surat Husnul Sirah wa Suluk / Surat kelakuan baik daripada sekolah atau yayasan tempat anda belajar dalam bahasa Arab.

9) Kad pengenalan (IC) Malaysia. Sebaiknya terjemah ke bahasa Arab ketika buat terjemahan untuk SPM dan surat beranak.

10) Tazkiyah / Surat sokongan daripada individu yang ada pengaruh / lepasan Arab Saudi / yayasan / sekolah dan lain-lain di dalam bahasa Arab.

Tambahan, terjemahan yang dibuat mesti dapatkan pengesahan daripada wisma dan juga daripada embassy. Boleh ambil khidmat runner bagi yang jauh.

Itu sahaja berdasarkan apa saya perhatikan di dalam senarai yang dikehendaki. Ia mungkin berubah semasa ke semasa mengikut sistem. Jika ada perubahan harapnya pemohon tidak terkejut atau menyalahkan Nurha Consultancy.

Abu Nuha Nuwairah

18 thoughts on “Dokumen Permohonan Universiti di Arab Saudi”

      1. terima kasih akhi. lagi satu yang كشف الدراجات tu kena letak transkrip yang belakang sijil SPM tu ke? atau letak je sijil SPM lagi sekali?

  1. assalamualaikum akhi, untuk nama kita tu kalau nama saya A TIFF BIN SAHRIL sahaja, macam mana nak letak dekat nama pertama, nama kedua, nama ketiga dan nama keempat. ana pening sikit bahagian ni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top