fbpx

Pengiktirafan Universiti di Arab Saudi

Ramai yang bertanya saya tentang pengiktirafan pengajian di Arab Saudi. Maka jawapan saya adalah seperti di dalam gambar di bawah. Hanya 15 bidang pengajian sahaja yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Ini bermakna selain daripada itu masih belum diiktiraf.

Persoalan yang timbul, kenapa ada universiti di Arab Saudi tidak diiktiraf? Jawabnya ialah tidak ada permohonan yang dibuat oleh universiti di sana. Salah satu sebabnya ialah belum ada pelajar yang habis belajar di tempat tersebut. Hal ini menyebabkan tiada usaha dari pihak pelajar untuk mengemukakan permohonan pengiktirafan MQA.

Setelah saya bertanya senior-senior yang pernah usahakan pengiktirafan MQA universiti di Riyadh antaranya Universiti Islam Muhammad ibn Saud dan Universiti King Saud, mereka menjawab jika ada permohonan daripada pihak tertentu, MQA akan bagi pengiktirafan. Ada ciri-ciri yang akan dinilai bagi memastikan pengajian menepati kriteria yang dikehendaki.

Senarai universiti yang telah diiktiraf, tetapi bukan semua bidang. Jadi wajib semak dahulu.

Pengiktirafan Pengajian di Arab Saudi

Apa pandangan saya hal ini?

Pertama sekali, kita tidak boleh menafikan bahawa sijil adalah satu keperluan dalam sektor pekerjaan di Malaysia.

Kedua, kita bersetuju bahawa ilmu lebih diutamakan dari sehelai sijil. Ilmu yang bermanfaat memberi pedoman dalam hidup seseorang dan orang yang berilmu tinggi darajatnya.

Ketiga, saya cadangkan kepada pemohon supaya utamakan universiti dan bidang yang diiktiraf.

Keempat, jika rezeki pemohon dapat di universiti atau bidang yang belum diiktiraf, maka anda perlu ada perancangan untuk buat kertas kerja dan hantar kepada MQA untuk pengiktirafan individu atau pelajar lain juga.

Abu Nuha Nuwairah.

5 4 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?