Mesej masuk dalam group whatsaap, noti keluar di Page PPMRiyadh yang menyatakan permohonan baru telah dibuka secara online. Maka saya pun cepat share dalam group, Facebook, Intagram dan twitter
Saya baru tamat belajar Jun 2022 dan kembali ke Tanah Air Ogos 2022 setelah selesai semua urusan. Alhamdulillah. Bila bercakap tentang Universiti Islam Muhammad ibn Saud, Riyadh (ImamU), saya salah seorang yang ikut program bermula mustawa satu di Maahad Lughah sehingga ke mustawa lapan peringkat degree. Ada sahabat sy yang sambung ke peringkat Master dan pasti mereka lebih lama daripada sy. Saya berharap Allah teguhkan jiwa mereka sehingga peringkat tertinggi. Sejujurnya saya rindu ImamU, tempat saya berulang alik cari ilmu, tempat saya bersahabat dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan 7 tahun lebih agak lama. Sehinggakan tahun-tahun akhir meronta-ronta nak balik Malaysia, namun lepas balik rindu pula tempat menuntut ilmu.
Adik-adik yang ada peluang untuk memohon, saya sgt alu-alukan. Namun, saya tidak suggest jika anda pergi sana hanya nak main-main, niat pergi umrah dan haji shj, atau lain-lain tujuan selain menuntut ilmu. Perjalanan panjang. Jikalau tidak jelas tujuan, boleh tersasar jauh.
ImamU telah lahirkan ramai ulama Saudi terutamanya. Sejak awal saya berada di sana, ada yang bagi warning “jangan jadi geng W”. Masa itu budak-budak, kita iyakan sahaja. Setelah proses belajar selama bertahun-tahun, hakikatnya apa yang belajar di Kuliah Syariah, tidak pernah lagi hukum dikeluarkan oleh Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahab dalam kitab Fiqh. Kami belajar kitab Raud Murbi’ syarah kepada Zatdul Mustaqni’ berjilid tebalnya semuanya bermazhab Hanbali.
“…. Muhammad, ini pandangan mazhab Syafie dalam bab ni”, ulas syeikh.
Muhammad adalah panggilan kepada semua yang daripada Malaysia. Haha. Saya ingin jelaskan bahawa syeikh kami tidak pernah ketepikan mazhab lain bahkan dijelaskan dlm kelas beliau. Kami diraikan untuk menghormati pandangan mazhab lain. Syeikh juga larang anak muridnya cepat menghukum. Alhamdulillah saya menikmati kesuburan ilmu di ImamU.
Usah risau, belajar di ImamU tidak menjadikan anda geng Wahabi. Syeikh Muhammad ibn Abdul Wahab pun bermazhab Hanbali. Kalau kita kata Syeikh Muhammad ibn Wahab agak keras, itu politik beliau ketika zaman dia. Saya sendiri belajar bagaimana sejarah pembentukan Arab Saudi itu sendiri. Banyak sy dapat penjelasan drpd tempat dia sendiri.
Masyarakat kita yang selalu cepat label. Lain sikit daripada apa yang masyarakat tahu pun dikira Wahabi walaupun ditunjuk dalil yang sahih. Suburkan masyarakat dengan ilmu dan jauhi tuduhan yang dia sendiri pun tak tahu salah atau betul.
Itulah coretan sebagai alumni ImamU, nanti saya sambung lagi. Saya bertuah pernah belajar di sana.
Sekarang dah buka permohonan. Cepat-cepat mohon!
Abu Nuha Nuwairah,
Alumni ImamU.