fbpx

Arab Saudi adalah negara ketiga yang saya ambil masa menuntut ilmu bermula tahun 2015 sehingga 2022. Kenangan manis, pahit sudah saya lalui di sana selama 7 tahun lamanya. Apabila bercakap tentang Arab Saudi, susah tentu saya lebih mengenali. Di dalam kelas kami didedahkan dengan sejarah terbinanya Arab Saudi. Siapakah pengasas Arab Saudi? Siapakah Imam Muhammad bin Abdul Wahab? Siapakah ulama’ mereka? dan lain-lain. Penulisan kali ini saya bukan ingin berkongsi tentang sejarah mereka tetapi bercerita tentang geografi Arab Saudi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri bersama sahabat seperjuangan memenuhi hasrat melengkapkan koleksi jelajah seluruh Saudi. Saya bersyukur kerana sempat melengkapkan jaulah seluruh Arab Saudi sebanyak 3 kali trip. Trip pertama sebelah utara Arab Saudi merangkumi Buraidah, Hail, Sakaka dan Tabuk. Trip kedua Al-Hofuf (Al-Ahsa’), Dammam, Al-Jubail. Trip ketiga adalah trip paling menarik.

Trip ketiga jelajah Arab Saudi

Perjalanan trip kali ini melebihi 4000km dan mengambil masa selama 10 hari. Kosnya lebih kurang SAR2400 untuk 4 orang. Trip ini agak jimat kerana kami tidak ambil hotel atau tempat menginap kecuali setelah sampai di Madinah. Kiranya sepanjang trip kami berehat, bermalam di tempat yang selamat dan makan minum juga kami masak sendiri. Kami bawa kelengkapan berkhemah, dapur kecil, alatan memasak, selimut dan lain-lain yang kami rasakan perlu.

Ar-Riyadh

Bertolak dari Riyadh. Kami mulakan perjalanan seawal 2 pagi dan melalui jalan Al-Kharj, Al-Tamim, Layla dan sehingga ke Wadi Al-Dawasir. Sepanjang perjalanan, macam biasa pemandangannya. Bukit batu, padang pasir yang lahar seluas mata memandang. Kami tidak berhenti kecuali untuk berehat atau buang hajat sahaja. Kami teruskan perjalanan sehingga ke Najran.

Najran

Apa yang menarik tentang Najran? Jika kita lihat peta, Najran adalah wilayah dekat sempadan Saudi – Yaman. Semestinya budaya juga seakan-akan kita berada di Yaman. Cara berpakaian, cara bergaul, dan lain-lain. Najran bandarnya cantik dan berbaloi untuk dilawati. Tipsnya, bawa banyak sikit duit kalau nak datang sini. Barangan kulit agak murah dan banyak barangan tradisional yang menarik di mata. Satu tempat sejarah yang mesti dilawati ialah Ashabul Ukhdud. Kami berehat dan bermalam berdekatan dengan sungai di sini. Keesokan harinya kami jalan-jalan di sekitar Amarah Palace. Jika anda berpeluang datang Najran, jalan-jalan lah kawasan ini dan ia berdekatan dengan pasar.  Setelah selesai di Najran dan kami bertolak Wadi Lajab, sebelum itu kami singgah di Telaga Hima yang mana sejarahnya orang-orang dulu berhenti di sini untuk bagi minum kenderaan mereka, unta dan kuda. Sejarah telaga ini sudah beribu tahun dan masih berfungsi sehingga ke hari ini. Semasa kami singgah, beberapa telaga masih ada airnya.

Wadi Lajab

Wadi Lajab terletak di antara Najran dan Jizan. Ianya kawasan berbukit dan agak mencabar. Kami parking di luar kawasan dan masuk ke dalam. Salah satu tempat air terjun adalah Wadi Lajab yang wajib dilawati sekiranya anda melancong ke Selatan Arab Saudi. Sila rehat dan sediakan air yang cukup dan hati-hati semasa panjat batu-batu besar.

Jabal Fayfa’

Tempat ini antara kami singgah. Sangat mencabar dan saya sendiri belum pernah lagi drive naik bukit securang Jabal Fayfa’. Kawasan ini agak sejuk lebih-lebih lagi pada musim sejuk.

Najran

Najran adalah satu wilayah di persisiran pantai.

Rijal Al-Maa

Satu tempat bersejarah di Selatan Arab Saudi. Wajib lawati tempat ini. Sejarah secara terperinci saya dah lupa. Apabila kami sampai di sana, orang sana cerita sejarah yang agak menarik untuk didengari.

Jabal Soudah

Ini adalah lokasi di puncak bukit Soudah. Di sini kami bermalam. Saat kami pergi, cuaca amatlah sejuk. Pemandangan waktu pagi sangatlah cantik.

Abha

Apabila kami berada di universiti, pasti ada pelajar yang asal dari Abha. Mereka senantiasa bercerita tentang Abha. Sejujurnya Abha adalah negeri yang cantik di Arab Saudi. Persis Cameran Highland tapi versi Arab Saudi. Antara tempat yang kami lawat ialah Tasik di Abha dan juga bangunan lama yang wujud sejak zaman Othamaniyyah. Jika sampai di Abha, boleh la pusing-pusing bandar untuk lihat suasana di sana terutamanya di tengah bandar.

Al-Bahah

Salah satu tempat bersejarah. Boleh singgah jika ada kesempatan. Semasa dalam perjalan ke Al-Bahah, kami singgah tempat ini, Thee Ain, Al Malad dan juga Al-Khulb Park. Seterusnya kami singgah di Thoif, Makkah, Madinah dan kembali ke Riyadh. Inilah secara ringkas tentang perjalanan kami sepanjang Rehlah Selatan Arab Saudi.

Apabila saya imbas kembali sepanjang perjalanan kami semasa jaulah. Indah sungguh ciptaan Allah Taala. Allah suruh lihat dan perhati bukit-bukau, bintang di langit, lihat jenis-jenis manusia dan lain-lain yang menyebabkan rasa insaf bahawa diri ini kerdil. Rehlah kali ini sangat mengajar erti tawakal dan kerjasama kumpulan. Terima kasih Faishal, Muzzammil dan Hariz Hazmi atas segalanya terutama memahami diri ini dalam masalah ketika itu.

Saya membuat catatan ini untuk memenuhi permintaan Abe Abalkhair, pelajar PHD Universiti Islam Madinah. Alhamdulillah siap juga akhirnya.

P/s ; Sila tekan tulisan biru untuk dapatkan lokasi.

Abu Nuha Nuwairah.

Need help?