fbpx

Bissmillah. Sebelum lupa moment yang ada di dalam fikiran, inginku ukir kenangan ini di dalam catatan ringkas. Saya seorang insan bergelar kawan dan sahabat untuk kawan-kawan saya. Sudah 6 tahun lebih kami bersama. Banyak kisah yang telah terukir antara kami. Sudah kenal hati budi masing-masing.

Permusafiran kali ini saya bersama Jimi, Azim, Irfan, Nu’man, Rahimin, Ahmad dan Husaini. Kata sepakat untuk rehlah bersama seminggu sebelum berangkat. Kebetulan hari Watoniy Saudi 2021, cuti selama 4 hari berturut-turut bermula hari Rabu sehingga Sabtu.

Kami mulakan perjumpaan, bincang apa yang patut buat, tentatif sepanjang rehlah dan bahagi tugas. Jimi dilantik sebagai ketua dan lain-lain juga dibahagi tugas. Saya pula dilantik sebagai planner dan driver. Entah berapa kali dah saya jejak kaki di Thoif, Makkah dan Madinah. Banyak sahaja tempat menarik. Lebih-lebih lagi yang ada kaitan dengan sirah. Nak bercerita lebih satu-satu tempat, Dr Abu Anas dah tulis buku dah. Boleh baca sana. Saya perkenalkan tempat dekat kawan-kawan supaya bila bawa jemaah nanti boleh sharing dengan baik.

Perjalanan dari Riyadh bermula 10 malam, saya lah mula-mula drive sehingga jam 3 pagi. Tips tak nak bagi mengantuk? Saya bawa laju 150km/j – 160km/j bersama satu apps yang boleh kesan kamera. Haha. Tak pasang apps tu, nahas la kena bayar saman. Eh, jangan kata kelajuan tu laju, jalan straight, memang tiada masalah dan tak terasa pun. Sambil-sambil borak dengan kawan co-pilot tepi. Yang lain? Syahid semua.

Sampai di Thoif, kami ziarah tempat-tempat yang sepatutnya dan kami contact sahabat kami yang belajar di Taif University. Lawat universiti mereka yang terlampau besar, nak cakap besar dia tu MasyaAllah taala tetapi tiada bangunan sangat. Haha. Kami ziarah masjid Abdullah Ibnu Abbas, kebun Addas, naik cable car dan lain-lain. Seusai di Thoif, kami pergi Miqot dan berehat di sana sehingga 2 pagi.

Kami bertolak ke Makkah, tunai umrah. Selesai umrah, kami ziarah tempat masyair haram iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina dan sekelilingnya. Ada tempat sejarah di sana. Lepas ziarah, ada jemputan makan tengah hari. Bukan satu tempat tau, 2 tempat. Kenyang sangat sampai tak larat dah nk memenuhi permintaan tuan rumah. Semoga Allah berkati tuan rumah.

Selepas selesai di Makkah, kami terus bergerak ke Madinah dan ziarah pula di sana. Banyak jugalah tempat yang kami cuba penuhi jadual-jadual yang ada. Semua berjalan lancar sehinggalah kami pulang kembali ke Riyadh.

Tiada yang lebih besar kami ucapkan melainkan menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang besar ini. Tunai umrah, ziarah tempat-tempat yg mulia, memenuhi jemputan, beramah mesra dengan manusia dan tidak lupa juga ukhuwwah antara kami. Dengan musafir kita boleh kenal kawan kita, kita tahu perangainya mengurus waktu, kawal emosi, bagaimana mengurus masalah yang timbul dan lain-lain.

Saya menulis catatan ini sebagai ingatan masa mendatang. Saya sayangkan sahabat-sahabat kerana Allah. Tanpa mereka, sunyi hidup ini. Kesempatan ini, saya minta maaf jika terasa dalam bergurau atau ketika memberi cadangan dan arahan. Tak tegas kan korang tak gerak. Hehe. Semoga Allah berkati kita semua.

Kepada yang mengirim doa, saya doakan untuk kalian. Cuma saya ingin ingatkan bahawa dalam Islam, Islam mengajarkan kita untuk terus minta kepada Allah tanpa wasitah (perantaraan). Itulah lebih ikhlas dan lebih dimakbulkan, InsyaAllah. Tidak salah kita mengirim doa kepada orang-orang soleh. Saya bukan lah orang soleh tetapi saya mengasihi mereka. Semoga Allah terima doa-doa kita semua. Amin.

Abu Nuha, Riyadh.

Need help?