fbpx

Master Your Life – Nota 1

PENDAHULUAN :

Sejujurnya saya memaksa diri saya untuk menulis catatan ini walaupun mata dan jasad kata nak tidur lagi. Isi penting daripada kelas yang saya masuk 2 hari lepas masih terbayang-bayang lagi. Saya takut saya terlupa dan lalai menulis.

Sebenarnya ramai di dalam kalangan kita ini terus menerus membuat perkara yang salah. Analogi seorang guru yang mengajar berenang, dia tidak ajar dengan berenang tetapi cara bernafas, cara kawal emosi semasa di dalam air, pergerakan kaki dan tangan. Apabila orang yang luar lihat, apahal cikgu ni ajar benda yang tiada kaitan dengan berenang. Itulah kesilapan orang kita, cara melihat dalam sesuatu benda. Belajar membaca bukan terus buka buku dan baca. Belajar mengaji bukan terus buka Al-Quran.

Antara isi penting yang saya masih ingat ialah lihat dunia dengan demensi yang lebih luas dan jangan menggelabah. Lihat dengan jiwa besar dan setiap berlaku dari tindakan kita akan menatijahkan sesuatu. Pernah dengar “bangsa Tragedi”? Mereka yang merasakan hidup ini semuanya tak kena. Apabila di tempat kerja, mereka kata majikan dia zalim. Apabila di dalam rumah tangga, mereka kata suami/isteri tidak bertanggungjawab. Apabila berada di tempat awam, mereka kata ramai orang bodoh, tiada comman sense. Lalu mereka menukar tempat kerja, bercerai berai cari pasangan baru, berpindah tempat lain. Namun, perkara sama terjadi.

Rupanya, dia sendiri yang tidak nampak kebodohan diri. Merunding 1 jari kepada orang lain walhal 4 jari sedang merunding ke diri sendiri. Dia tidak nampak. Oleh itu, jangan terlalu memangsakan diri sendiri. Akui kelemahan diri dan cuba baiki. Jangan rendahkan diri sehingga merasakan “aku yang tersakiti”.

ENTROPY – THORMODYNAMICS

Kita cuba bayangkan dalam perpustakaan, A & B yang kedua-duanya ada 1000 buah buku. A tersusun kemas, B berselerak. Yang mana orang akan datang? Mestilah A. Begitu juga kita, apabila kita tahu banyak benda tetapi kita tidak susun dengan baik, akhirnya kita tidak dapat optimiskan kegunaan itu. Bercelaru maklumat. Adakah dengan kita tahu banyak benda tetapi tidak dapat keluarkan untuk manfaat orang lain, orang akan datang kat kita? Begitu juga servis kita, begitu juga perkongsian kita. Servis kita lambat. Perkongsian kita tidak teratur. Adakah orang akan pilih kita?

Unexamined life is not worth living.

Cara berfikir dan cara hidup tersusun mesti kita ubah dengan cara yang betul. Jika tidak, kita akan terus menerus buat perkara yang sama.

Abu Nuha Nuwairah.

….. bersambung

 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?