fbpx

Master Your Life – Nota 2

MODERN HERO

Berfikir sejenak tentang kenapa kita dilahirkan? Soalan yang ringkas ini pun ramai antara kita masih belum jelas. Lebih malang lagi hidup sekadar hidup sahaja.

“Aku tidak jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu.” firman Allah.

“Sebaik-baik antara kamu ialah orang yang memberi manfaat kepada insan lain,” hadis Nabi SAW.

Manusia yang tenang, tidak mengelabah dan dalam masa yang sama ada keinginan belajar dan mengkaji adalah salah satu modern hero.

Apabila dia belajar, dia akan jadi seorang yang berilmu. Tidak berhenti di situ, dia amalkan apa yang dia belajar. Itulah ilmu bermanfaat kepada diri.

Apabila kebaikan muncul daripada diri, dia memberi manfaat kebaikan kepada orang lain pula. Tahap ini pula memberi manfaat kepada orang lain.

Manusia yang bermanfaat itulah personal bisnes model. Ehhh, jangan ingat bisnes ini hanya perniagaan semata-mata bahkan kita nak jadikan si fulan/fulanah sebagai ikutan. Istilahnya adalah “role model”.

Maknanya, kita mengharapkan si fulan/fulanah wujud di dalam dunia ini. Sebagai contohnya Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ada yang berceloteh, “alangkah arwah TNGA ada lagi, beliau pergi tidak berganti”.

Orang Kelantan pilih Arwah TGNA dulu sebagai MB kerana tubuh badan TNGA sendiri.

PERSONAL LIFESTYLE

BRC cuba menerangkan satu konsep :

“Kita yang menentukan lifestyle bukan kita yang ditentukan lifestyle tersebut”

Kita yang memilih untuk gaya hidup bagaimana. Kita mahukan kesenangan seperti golongan T20. Makna “memilih” ialah kita sendiri yang buat keputusan tersebut.

Apabila kita kata, “si Dia boleh lah sebab ayah dia Dato’, ayah dia tokey syarikat”.

“So what?”

Adakah dengan kita melihat dari sisi pandangan kita itu merubah nasib kita sendiri. Kita kata si fulan/fulanah untung dengan kelebihan yang ada.

“So what?”

Apa yang bantu kita untuk berjaya? Apakah faktor yang menghalang kita untuk berjaya jika kita menilai kekayaan orang lain?

Sebenarnya, “nothing”. Tiada apa-apa pun yang boleh ubah hidup kita kecuali kita yang sendiri ingin berubah.

Abu Nuha Nuwairah.

….. bersambung

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?