fbpx

Tips Perhubungan Jarak Jauh

Saya berfikir panjang apa lagi yang ingin dikongsi bersama. Terlintas di fikiran saya tentang tips PJJ, lalu terhasil penulisan ini. Saya menulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan selama 2 tahun lebih dalam alam perkahwinan. Pelbagai fasa rumah tangga yang saya lalui.

Orang akan cakap 2 tahun terlalu baru untuk bercakap hal sebegini. Respon saya, “tuan/puan pernah rasa apa itu cerai/sakit/rasa hina/hilang harapan dalam perkahwinan?” Jika belum, mintalah kepada Allah supaya jaga hubungan keluarga sehingga syurga dan dijauhi daripada perceraian.

Berikut adalah tips yang boleh saya senaraikan :

Tips pertama :

Sebelum kahwin lagi, tolong bincang hal ni dan buat persetujuan bersama. Bincang dengan pasangan nak duduk mana? Sewa kah atau bagaimana? Jika pasangan masih belajar, apa perancangan? Jika pasangan bekerjaya tapi masing-masing jauh, bagaimana? Sila buat perjanjian siap-siap. Pernah ada kawan saya dah buat perjanjian, itupun masih berselisih selepas kahwin. Bagaimana yang tak bincang langsung?

Tips kedua :

Selepas perkahwinan, bagaimana perancangan anak? Jika mengandung, nak duduk mana? Duduk dengan keluarga atau sendiri. Jika sendiri, siapa yang nak tolong tengok kan isteri. Alahan isteri bagaimana? Teruk? Jangan biarkan isteri keseorangan. Pengalaman saya, saya minta adik saya tolong tengok kan.

Tips ketiga :

Tolong hadkan masa PJJ dan kedua-dua pihak jelas. 2 tahun? 3 tahun? 4 tahun? Ujian PJJ amatlah menguji kesabaran suami ataupun isteri. Jangan dibuat main-main. Syaitan akan senantiasa hasut supaya bercerai dengan mengata, “aku tak perlukan dia, kahwin ataupun tak macam sama.”

Tips keempat :

Bersangka baik kepada pasangan. Jangan fikir buruk tentang pasangan dengan mengatakan pasangan duk saja, tak fikir pasal hubungan satu sama lain. Berikan kepercayaan satu sama lain bahawa kedua-dua sama-sama berjuang.

Tips kelima :

Suami isteri mesti hargai satu sama lain. Bagi ucapan baik-baik. Saling mendoakan. Bagi hadiah dan berusaha cari masa untuk bersama. Kualiti masa itu penting.

Tips keenam :

Luangkan masa yang tertentu bersama-sama pada waktu lapang. Bercuti atau makan angin. Tidak semestinya bermusafir jauh. Ambil masa di tepi pantai, pergi zoo, dating di restoran. Janganlah sibuk memanjang, waktu cuti pun kita buat kerja. Tolong bagi hak diri dan hak pasangan juga terhadap kita.

Haaa, tulah sedikit tips daripada saya yang terlintas di fikiran saat ini. Saya berhadap dapat memberi percerahan. Moga bermanfaat.

Abu Nuha Nuwairah.

5 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?