fbpx

Malam ni 25/12/2022 saya hadiri satu diskusi bersama beberapa orang speaker Kausar Group yang membincangkan tentang topik Perwarisan Harta.

Kali ini kami berbincang tentang Dokumen Pelantikan Wasi dan bagaimana ia berfungsi. Satu kes yang membincangkan bagaimana harta anak bawah 18 tahun dijaga.

Kes Realiti :

Pasangan suami isteri telah bercerai hidup dan mereka ada anak. Apabila berlaku kematian salah seorang mereka, bagaimana urusan harta yang diwarisi oleh anak.

Andai kata yang meninggal itu adalah isteri dan dia meninggalkan harta yang banyak dan anak mewarisi harta tersebut. Jika kita lihat kembali hak jagaan akan kembali kepada ayah jika nenek sudah tiada atau tidak mampu jaga cucu mereka.

Adakah harta tersebut juga di bawah hak jagaan ayah?

Bagaimana pula jika si ibu telah merancang hartanya dengan melantik wasi?

Bagaimana pula jika si ayah cabar wasi tersebut?

Jika ayah jadi penjaga harta, adakah ayah boleh gunakan harta tersebut?

Bagaimana pula jika harta tersebut dijaga oleh Amanah Raya?

Penjaga anak boleh mohon tak daripada harta tersebut?

Banyak lagi persoalan yang timbul.

Anda ada anak bawah umur? Apa perancangan harta anda? Carilah solusi.

Mesti ada yang tertanya jawapannya. Catatan kecil ini tidak mampu ditulis semuanya. Sudah pasti ia melibatkan perundangan yang mesti dilalui. Jika kita tidak merancang, sudah pasti harta itu menjadi satu ujian buat pewaris.

Pm saya untuk dapatkan nasihat perwarisan percuma.

Abu Nuha Nuwairah

Need help?