fbpx

Master Your Life – Nota 11

Semalam kami ada sesi Q&A, jadi banyak persoalan yang ditanya. Walaupun bukan saya yang bertanya, tetapi saya juga dapat manfaat daripada sesi tersebut.

Sebenarnya persoalan yang sama shj yang ditanya dan ia berlegar dengan kata berikut.

“Saya tak yakin saya boleh”

“Saya tunggu nanti ada kamera baru saya boleh punya sharing”

“Saya tak tahu mula dari mana”

“Saya tak boleh kerja dalam persekitaran yang toksik”

“Saya ingin ________ , tak sampai sekarang tak buat”

“Saya berminat sangat _______ , tapi saya tak mula-mula lagi”

“Penulisan saya buruk, saya takut nak sharing”

Banyak lagi kata-kata sebegini yang kita sendiri yang buat. Hakikatnya yang bertanya itu apabila ditanya balik apa usaha dia, senyap seribu bahasa. Bahasa mudahnya, “poyo je lebih”.

BRC cuba tekankan bahawa orang kita ni memang banyak sembang kosong dan benda tu berulang-ulang. Pernah dengar :

“Action louder than speak”

Semua orang boleh bercakap, tapi bukan semua orang boleh buat. Macam ahli politik negara kita. Heh!

Jawapan mudah untuk semua ini adalah “just do it” “buat je” dan jangan bodohkan diri dengan kata-kata diri sendiri. Orang tidak kisah pun pasal kita. Setiap orang ada hal masing-masing yang perlu dia buat.

Perkataan “tak yakin”, apa usaha kita?

Perkataan “saya tunggu ada kamera dulu”. Ehh, yang handset kat tangan tu tak boleh rakam eh?

“Tak tahu mula dari mana?” Pastu, apa yang dibuat?

“Saya tak boleh bekerja di tempat toksik”, pastu apa pilihan untuk selesaikan masalah?

“Saya berminat, tapi tak mula-mula.” Senang kata, tak minat la tu.

Sebenarnya kita yang banyak beralasan, kita banyak fokus kepada masalah dan bukan pada jalan penyelesaian.

Abu Nuha Nuwairah.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?