fbpx

Kuasai Tabiat Capai Matlamat – Nota 3

Nota kali pula berkisar tentang cara mulakan tabiat baru yang lebih baik dan bagaimana nak jinakkan tabiat baru dengan manipulasi aturan tabiat. Kita sudah faham bahawa tabiat : Cue – Routine – Reward dan ia berlaku secara spontan. Tabiat ini menyebabkan kita hilang kawalan dan menturuti sahaja. Kita tewas dan kita menjadi hamba kepada tabiat itu.

Sekarang kita nak jadi tuan dan kita nak kawal tabiat kita.

The first step is awareness.

4 langkah untuk mulakan tabiat baru :

  1. Pilih tabiat yang kita mahukan.
  2. Cari/pilih cue baru dalam hidup kita. Cue paling mudah, kita guna reminder.
  3. Buat tabiat baru. Buat saja dan jangan fikir walaupun sesaat. Jangan fokus kepada hasil tetapi fokus kepada perbuatan. Fokus kepada apa yang kita boleh buat. Trick “take 5”. Target untuk bina momentum awal.

    Done is better than perfect.

  4. Reward diri sendiri. Kalau kita berjaya, kita akan puas hati. Kalau kita gagal, kita stess. Kerana itulah perlu kepada buat benda-benda kecil dulu untuk dapatkan reward yang positif dan elak daripada reward yang negatif. Ada orang bagi reward macam-macam kat diri sendiri. Yang paling utama ialah kita berpuas hati dengan tercapainya target.

Tips paling penting ialah jangan bergantung kepada semangat atau motivasi sahaja. Buat sahaja tabiat yang kita nak tanpa ikut emosi. Disiplin yang mesti kita latih dan jangan cepat mengalah.

Tugasan sekarang ialah mulakan langkah seperti ditanyakan di atas. Selamat berjaya.

Abu Nuha Nuwairah.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?