fbpx

Sebenarnya ramai antara kita tidak tahu cara belajar yang betul. Cuba tanya diri sendiri terlebih dahulu. Apabila kita hadir kelas-kelas, setelah ditanya balik, kita sudah lupa ada yang kita belajar.

Itulah kesilapan yang sering kita buat sehinggakan banyak masa kita berlalu begitu sahaja. Hasil dan natijah masih sama.

Ilmu itu seperti unta. Jika tidak diikat maka hilang lah. Begitu juga dengan ilmu, ikatlah dengan tulisan.

Apabila kita hadir satu-satu majlis ilmu, perkara pertama adalah pen dan kertas. Zaman sekarang kita boleh ubah dengan catat guna telefon bimbit. Susah?

Pernah kita dengar perkataan “what” “why” “how” “when” dan lain-lain. Apabila kita ingin belajar sesuatu, itulah perkataan yang mesti bertanya.

Apabila kita lemah dalam bersosial, kita bertanya “bagaimana aku nak bergaul dengan manusia?”

Apabila kita tidak pandai bercakap di hadapan orang, kita bertanya, “apa yang perlu aku lakukan?”.

Haaa, banyak lagi soalan yang boleh kita bertanya dan cari solusinya. Nak berjaya? Itulah jalannya.

HOW TO LEARN?

1) Lukis peta. Apa matlamatnya?

2) Apa yang dikejar? Kejayaan apa yang aku mahukan?

3) Pecah-pecahkan perancangan tersebut. Pernah lihat summary buku? Sebuah buku tidak akan menjadi sebuah jika tidak dipecah-pecahkan tajuknya.

Dapat belajar sesuatu?

Abu Nuha Nuwairah.

Need help?