fbpx

BRC memberi pandangan yang luas tentang hidup ini. Apa yang berlaku adalah berkaitan apa yang kita usahakan. Tidak ada yang berlaku kecuali ada sebab.

Jika kita memilih untuk malas, maka hasilnya malas-malasan juga. Jika kita memilih untuk rajin, maka hasilnya kita dapat sepertimana kerajinan kita. Jika kita memilih untuk tidak belajar, kita akan berada dalam kebodohan. Jika kita memilih untuk belajar, Allah angkat kita beberapa darajat.

Adakah sama orang belajar dengan orang tidak belajar?

Memilih untuk sengsara juga adalah pilihan. Kita tidak boleh menafikan bahawa rezeki adalah ketentuan Allah sejak azali lagi. Namun, adakah kita tahu apa yang bakal berlaku di depan hari?

Jika kita ambil jalan untuk biasa-biasa sahaja, adakah kita akan jadi orang berjaya? Sudah tentu tidak.

Sikap membandingkan diri juga adalah pelemah semangat kita. Kita menilai orang apa yang dia tunjuk. Padahal apa yang kita lihat itu adalah bena yang indah-indah semuanya.

Pandangan kita kepada orang lain di dalam media sosial

Kita lihat di alam maya kebanyakkan adalah fantasi. Kita lihat dia makan mahal-mahal, padahal in realiti dia makan sekali sebulan sahaja dan hari seterusnya makanan biasa sahaja tetapi dia tidak masukkan dalam medsos. Kita lihat bahagianya pasangan, padahal in realiti bergaduh petang siang malam.

Apa yang kita rasa setelah kita tahu hakikatnya?

Abu Nuha Nuwairah.

……. bersambung

Need help?