fbpx

Ralat untuk saya tidak menulis hal ini. Satu isi penting yang BRC ketengahkan ialah :

Sikap ingin tahu —> Peka dengan sekeliling —> Cetuskan persoalan —-> Cari jawapan —-> Notakan/Catat —> Berkongsi

Inilah langkah yang semua orang patut ada untuk berjaya. Sebenarnya persoalan yang timbul telah diselesaikan orang-orang terdahulu dalam penulisan mereka. Cuma kita sahaja yang malas membaca.

Bagaimana nak cipta pengaruh?

Bagaimana nak bercakap depan orang?

Bagaimana mahu berkongsi?

1001 satu cara yang disampaikan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

HOW TO READ?

Berlambak buku di luar sana. Kalau kita tidak ambil kesempatan, memang rugi lah kita. Buku ini banyak katogeri. Ada yang susah, ada yang senang, ada yang bermanfaat, ada yang tidak bermanfaat.

Soal senang susah ni, jangan pilih yang senang sahaja dan tinggal yang susah. Salah konsep tu. Kita pilih apa yang kita nak belajar, nak tahu jawapan. Hadap sahajalah walaupun susah. Itu sikap belajar yang betul.

Soal bermanfaat dan yang tidak. Apabila kita mulakan bacaan, kita sendiri tahu penulisan tersebut. Lihat sepintas lalu dan mulakan bacaan.

Apa nak buat selepas membaca?

Buatlah nota apa yang kita dapat. Jangan sia-siakan masa kita membaca tetapi tiada isi pun yang kita dapat. Banyak perkongsian cara-cara orang buat nota, sila Google.

Abu Nuha Nuwairah.

Need help?