fbpx

Kuasai Tabiat Capai Matlamat – Nota 1

BRC banyak bawakan siri-siri untuk menjadikan kita versi lebih baik. Kali ini saya subcribe KTCM untuk panduan saya menjadi lebih baik. Walaupun saya cuba menjadi versi yang terbaik untuk diri sendiri. Namun, saya tidak terlepas daripada beberapa tabiat buruk yang kita buat setiap hari. Kita manusia yang penuh dengan kelemahan. Kekurangan dari segi fizikal kita tidak boleh ubah, tetapi dari segi perangai kita boleh jadi versi yang terbaik, InsyaAllah.

Jika kita perhati dalam kehidupan seharian, kita terlalu banyak pilihan sehingga kita tidak tahu nak pilih yang mana. Kita terlalu banyak kerja sehingga kita tidak ada masa. Kita terlalu impian sehingga tidak boleh dicapai. Disebabkan terlalu banyak benda sehingga kita tidak dapat fokus apa yang kita mahukan sebenarnya? Oleh itu, kita wajib ada skill untuk urus keutamaan, skill urus diri sendiri, skill masa sendiri yang boleh menjadikan impian kita tercapai.

Sebenarnya semua ini bermula dari tabiat kita sendiri. Oleh itu, apa itu tabiat?

Satu kajian Marshmallow terhadap sekumpulan kanak-kanak. Mereka diberi pilihan, mereka boleh ambil satu sahaja marshmallow sekarang tetapi jika mereka tunggu, mereka ada dapat tambahan satu lagi. Perkembangan kanak-kanak tersebut diperhati sehingga mereka berumur 40 tahun.

Kajian mendapati anak-kanak yang sanggup tunggu kehidupan mereka kurang stress, kurang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan mereka banyak berjaya dalam aspek kehidupan. Poin penting dalam kajian ini adalah menangguh kepuasan. Tabiat ini adalah benda kecil tetapi impaknya besar dalam kehidupan.

Apa yang kita fikir adalah kanak-kanak yang menunggu marshmallow itu akan berjaya. Sebenarnya yang kena fikir ialah, kanak-kanak yang berjaya itulah yang menunggu marshmallow. Menunggu marshmallow itu bukan tabiat yang dibuat-buat tetapi itulah diri mereka yang suka menangguh kepuasan seketika untuk capat matlamat mereka. Meraka ada disiplin untuk menangguh kepuasan.

“We are what we repeatedly do, Excellence then, is not an act, but a habit.” – Aristotle.

Kejayaan ini bukanlah daripada apa yang kita buat sekali terus jadi tetapi ia adalah satu tabiat yang berulang-ulang sehingga ia berjaya.

“How we do anything is how we do everything.”

Penyakit zaman kita adalah jenis tidak sabar. Semua perkara kita nak cepat. Tidak boleh fokus dalam satu benda dalam satu-satu masa. Zaman dulu, kalau nak telefon kena pergi cari duit syiling, cari public phone. Sekarang zaman internet, semua cepat, boleh call dan reply dalam masa singkat. Disebabkan kita terbiasa dengan semua cepat, kita tidak boleh sabar dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Semuanya nak cepat. Kita tak boleh rasa boring sikit, mulalah pegang telefon buka facebook, buka insta yang menyebabkan masa membazir begitu sahaja. Begitu juga hal-hal lain dalam kehidupan kita.

Oleh itu, tugasan sekarang ialah kita menangguh kepuasan!

Kuasa tabiat kedua ialah untuk kerja yang berulang, otak akan lalukan secara spontan tanpa perlu fikir. Otak yang kurang fikir akan masuk dalam kategori tabiat. Aturan tabiat akan diletakkan dalam satu bahagian otak iaitu Basal Ganglia. Apabila ia menjadi tabiat kita, secara spontan akan kita buat tanpa perlu fikir banyak. Jika sesuatu perbuatan itu bukan tabiat kita, kita perlu fikir dan fokus. Oleh itu, bahaya jika tabiat buruk yang kita selalu buat menyebabkan kita buat secara tidak sedar. Sebagai contoh tabiat kita lepas solat terus tengok telefon. Apabila lepas solat, secara spontan tangan ambil telefon dan buka walaupun bukan kita berniat nak berbuat demikian.

Nampak tak kesan tabiat?

Sekarang kita cuba pecah-pecahkan aturan tabiat supaya kita boleh ubah, buang dan tambah tabiat baru.

  1. Cue : Trigger yang mulakan aturan tabiat.
  2. Routine : Aturan tabiat.
  3. Reward : Manfaat atau kepuasan yang kita dapat.

Sebagai contoh aturan tabiat baik : “Habis je solat, kita terus baca Quran”.

  1. Cue : Habis solat.
  2. Routine : Baca Quran.
  3. Reward : Pahala.

Reward yang positif menguatkan lagi tabiat kita. Makin kuat berlaku, makin kuat tabiat tersebut. Tabiat ini akan di”stor”kan dalam otak kita. Makin kuat aturan ini, makin susah untuk kita lawan.

Cuba kita tengok contoh tabiat buruk : “Balik je kerja, terus baring tengok tv tanpa solat dulu.”

  1. Cue : Balik kerja.
  2. Routine : Terus baring tanpa solat dulu (tak mampu tangguh kepuasan).
  3. Reward : Menyesal.

Disebabkan kita sudah terbiasa dengan tabiat itu, maka susah untuk kita ubah.

Abu Nuha Nuwairah.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?