Wasiyyah Shoppe Berhad Di Bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100)

Isi Kandungan

Pendahuluan

Sebagai sebuah syarikat amanah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kuasa undang-undang yang membolehkannya menjalankan pelbagai fungsi berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka. Kuasa ini diperuntukkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100), termasuk bidang berikut:

Seksyen 8 (1)

Menurut peruntukan ini, Wasiyyah Shoppe Berhad boleh menjalankan peranan seperti berikut:

Pertama, pelantikan sebagai wasi dan pentadbir harta.

  • Boleh dilantik sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima dan pengurus, pemegang serah hak, pelikuidasi, serta penjaga harta kanak-kanak.
  • Boleh dilantik oleh jawatankuasa untuk bertindak bagi pihak individu yang tidak sihat akal fikiran.

Kedua, ejen atau wakil pemungutan dan pengurusan kewangan.

  • Berperanan sebagai wakil atau ejen dalam pemungutan, penerimaan, dan pembayaran wang.
  • Bertindak sebagai ejen bagi pengumpulan harta pusaka serta urusan jual beli harta alih dan tidak alih.

Ketiga, pengurusan harta dan pelaburan.

  • Berfungsi sebagai ejen bagi pihak pemilik harta dalam mengurus harta alih dan tidak alih.
  • Bertindak sebagai ejen pelaburan dan pengurusan kewangan.

Keempat, pengurusan dan pelupusan hartanah serta aset lain.

  • Berkuasa untuk mengurus dan melupuskan hartanah, saham quoted & unquoted, sekuriti, serta menyimpan barang berharga dan dana-dana tertentu.
  • Mempunyai kuasa dalam mengurus dana persendirian, statutori, perbadanan, dan syarikat.
  • Melantik profesional yang berkelayakan untuk menguruskan harta.
  • Membuat pembayaran hutang dan obligasi yang berkaitan dengan harta amanah yang dipegang.
  • Mengenakan bayaran perkhidmatan bagi perkhidmatan yang diberikan seperti yang dipersetujui bersama.

Seksyen 12

Wasiyyah Shoppe Berhad boleh dilantik sebagai pemegang amanah bagi memegang secara amanah (hold on trust) mana-mana harta alih atau tidak alih bagi pihak pemilik.

Seksyen 13

Wasiyyah Shoppe Berhad juga boleh bertindak sebagai ejen atau wakil untuk melaksanakan arahan pemilik harta yang telah dinyatakan dalam surat ikatan amanah.

Penutup

Dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, Wasiyyah Shoppe Berhad memainkan peranan penting dalam memastikan perancangan dan pengurusan harta pusaka dapat dijalankan dengan lancar serta mengikut prinsip undang-undang dan syariah. Ini menjadikannya sebuah institusi yang dipercayai dalam bidang pewarisan harta Islam di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top