FRAMEWORK
Apa perancangan kita?
Tanpa fokus dan strategi menyebabkan kita tidak tahu keutamaan. Apabila tidak tahu keutamaan, semua rasa penting.
Kita pernah lalu hari-hari sibuk yang menyebabkan kita rasa musibah besar menimpa kita. Di saat waktu sukar, kita tidak tahu mana nak mula.
Apakah penyebab semua ini?
Jawapannya adalah kita gagal membuat keputusan mengikut keutamaan. Akhirnya kita gagal dalam apa yang kita usahakan. Oleh itu, kita mesti ada strategi menyusun keutamaan.
“Do what you love” bukanlah penyebab kita mahu bermalas-malasan. Yang tidak suka kita tinggal. Bukan begitu maksudnya. Tetapi buat sesuatu sehingga kita suka”.
Ada orang kita yang cakap, kita mesti buat apa yang kita suka. Perkataan itu tidak salah cuma perlu kepada pendetailan. Adakah rasa suka itu valid sepanjang waktu?
Kita suka kerja guru, selepas beberapa ketika kita rasa tertekan. Adakah kita akan tukar pekerjaan?
Oleh itu, rasa suka itu mesti dibina bukannya kita yang memilih untuk rasa suka ataupun tidak. Kita yang berusaha ke arah itu.
YOU’RE HUMAN
Haa, kita kan manusia yang tidak terlepas daripada kekurangan. Jangan poyo yang kita rasa kita hebat.
Dunia ini bukan hitam putih, bukan “yes” or “no”.
Kita buat sahaja kerja kita dengan kemampuan yang kita ada. Mustahil kita kata seseorang itu tidak pernah silap. Apa yang kita orang-orang berjaya, mereka pernah lalui saat sukar.
Jika mereka pilih mereka berputus asa, adakah mereka berada di tempat mereka sekarang?
Abu Nuha Nuwairah.
……. bersambung