Isi Kandungan
Pendahuluan
Haid dan nifas adalah antara isu fiqh yang sangat berkait rapat dengan ibadah seorang wanita Muslim. Namun, tidak sedikit berlaku kekeliruan dan salah faham dalam menentukan hukum-hakam berkaitan darah haid dan nifas, sama ada disebabkan kurangnya ilmu atau tersilap dalam memahami nas-nas fiqh. Berikut disenaraikan beberapa kesilapan umum yang perlu diberi perhatian:
Pertama, Menunggu Sehari Semalam Selepas Suci Untuk Mandi & Solat
Kesilapan: Menganggap perlu tunggu 24 jam selepas darah kering baru boleh mandi wajib dan solat.
Pembetulan: Apabila darah berhenti, maka wajib segera mandi wajib dan menunaikan solat fardu tanpa perlu menunggu sehari semalam.
Kedua, Menangguhkan Tawaf Haji & Umrah Sehari Selepas Suci
Kesilapan: Menganggap perlu tunggu sehari selepas darah berhenti baru boleh bertawaf.
Pembetulan: Larangan tawaf telah terangkat apabila darah haid atau nifas berhenti. Maka wanita boleh segera mandi dan melakukan tawaf.
Ketiga, Lewat Mandi Hingga Hari ke-16 Walaupun Darah Telah Kering Sebelumnya
Kesilapan: Menangguhkan mandi dan solat hingga hari ke-16, walaupun darah telah kering pada hari ke-8.
Pembetulan: Kewajipan mandi dan solat bermula sebaik sahaja darah berhenti, tanpa perlu tunggu tempoh maksimum haid.
Keempat, Mengira Suci Bermula Hari ke-16 Walaupun Darah Telah Kering Awal
Kesilapan: Menganggap hari suci hanya bermula pada hari ke-16.
Pembetulan: Pengiraan suci bermula sebaik darah berhenti. Jika darah berhenti pada hari ke-8, maka hari ke-9 adalah hari suci pertama.
Kelima, Tidak Mengganti Solat Dalam Tempoh Istihadah
Kesilapan: Menganggap tidak perlu solat semasa istihadah.
Pembetulan: Wanita yang mengalami istihadah tetap wajib mendirikan solat dan menggantikan solat yang ditinggalkan jika sengaja.
Keenam, Hanya Mandi Selepas Hari ke-41 atau Lebih Walaupun Darah Nifas Telah Kering
Kesilapan: Mengikut adat atau amalan setempat menunggu sehingga 40–60 hari sebelum mandi.
Pembetulan: Sekiranya darah nifas berhenti sebelum 40 hari, wanita wajib mandi dan menunaikan solat tanpa perlu menunggu cukup 40 hari.
Ketujuh, Menunggu 15 Hari Suci Sebelum Mandi Jika Nifas Berhenti Awal
Kesilapan: Menunda mandi kerana beranggapan perlu tunggu cukup 15 hari suci.
Pembetulan: Jika darah nifas berhenti walaupun baru 10 hari, maka wajib segera mandi dan solat. Tidak perlu tunggu 15 hari suci.
Kelapan, Sengaja Lewatkan Solat Walaupun Darah Telah Kering
Kesilapan: Tidak menunaikan solat dalam waktunya walaupun telah suci.
Pembetulan: Solat mesti ditunaikan dalam waktunya. Jika ingin jamak ta’khir kerana masyaqqah, maka ia dibolehkan menurut pandangan beberapa ulama.
Kesepuluh, Menganggap Haid Sentiasa 15 Hari Jika Darah Berterusan
Kesilapan: Sentiasa mengira 15 hari sebagai haid jika darah berterusan keluar.
Pembetulan: Kes seperti ini memerlukan perincian berdasarkan kebiasaan (adat), warna darah, waktu suci, dan kaedah fiqh tertentu. Tidak boleh buat anggapan umum.
Kesebelas, Menyamakan Dua Permasalahan Darah Istihadah Secara Silap
Permasalahan Pertama: Darah Istihadah Dalam Tempoh Suci
Contoh:
- 6 hari keluar darah hitam.
- 10 hari tiada darah.
- 10 hari keluar semula darah.
Hukum:
- 6 hari pertama: Haid.
- 10 hari berikut: Suci.
- 5 hari pertama dari 10 hari baru: Istihadah.
- 5 hari terakhir: haid baharu (cukup suci 15 hari).
Permasalahan Kedua: Darah Istihadah Bagi Perempuan Mumayyizah
Contoh:
- 6 hari darah hitam.
- 10 hari darah merah.
- Hari ke-10 keluar darah hitam.
Hukum:
- 6 hari pertama: Haid.
- baki darah merah dan hitam selepas itu: Istihadah.
Kesebelas, Kesilapan Dalam Mengira 15 Hari Haid Atau Suci
Kesilapan: Salah faham bila bermulanya kiraan 15 hari 15 malam, sama ada untuk haid atau untuk tempoh suci antara dua haid.
Pembetulan: Kiraan mesti dimulakan sebaik darah berhenti atau keluar, bergantung kepada konteks permasalahan. Ia penting untuk membezakan antara haid dan istihadah.
Kesimpulan
Kesilapan-kesilapan di atas adalah perkara biasa yang berlaku dalam masyarakat, terutama apabila wanita hanya mengikut kebiasaan setempat tanpa pengetahuan yang sahih. Justeru, adalah sangat penting untuk wanita Muslimah menuntut ilmu berkenaan haid dan nifas dengan rujukan kepada kitab-kitab fiqh yang muktabar dan pandangan ulama yang berautoriti.
Semoga pencerahan ini dapat membantu memperbetulkan amalan dan meningkatkan kefahaman umat Islam dalam isu yang berkaitan rapat dengan ibadah harian.