fbpx

Kekurangan Belajar di Arab Saudi

Saya dah cerita kelebihan belajar di Arab Saudi. Kali ini saya nak kongsi tentang kekurangan pula. Kita kena faham di mana tempat pun akan ada baik buruknya. Saya bercerita ini adalah apa yang saya lalui sepanjang di sana.

Apa yang saya boleh senaraikan ialah :

1) Perangai orang Arab. Apabila berurusan dengan mereka, kita wajib banyak bersabar. Mereka jadikan kita macam bola. A ke B, B ke C, C ke A balik, pusing-pusing dibuatnya. Ada kalanya mereka bermain dengan masa. Urusan sepatutnya boleh siap hari ni, dia tunda esok, lusa, minggu depan atau bulan depan. Lebih teruk lagi dia cakap tahun depan terus. Servis mereka amatlah teruk. Mungkin ada yang berkecuali, tapi kebanyakkan begitulah.

2) Kos hidup di Arab Saudi agak tinggi. 15% Vat dah cukup menyeksakan. Nak jimat, mmg kena makan berjimat. Sekali keluar makan SAR20 tak sah.

3) Homesick bagi yang rindukan Malaysia. Saya tiada masalah hal ni. Cumanya bagi yang tidak biasa hidup di luar, mungkin akan terasa.

4) Perubahan musim. Sejuk atau panas. Kalau musim panas, hendaknya berjalan sambil tutup mata dek rasa panas. Kalau sejuk pula, jadi nak ke tidur banyak. Malam jadi panjang, siang jadi pendek. Memang dugaan. Kalau nak ke masjid musim sejuk, boleh tahan la. Lebih-lebih lagi waktu subuh.

Itulah setakat ini saya boleh share tentang kekurangan belajar di Arab Saudi. Lain orang mungkin lain sudut pandangnya. Apapun, kekurangan ini tidak menghalang untuk kita belajar bersungguh-sungguh.

Abu Nuha Nuwairah.

5 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mu'az Zolkafeli
Guest
2 years ago

Barakallahufikum Ustaz

Scroll to Top
Need help?