Permohonan pengajian Arab Saudi berbeza semasa dari semasa. Dahulunya pada zaman saya tahun 2012, permohonan by hand. Saya isi borang dan kirim kepada senior yang belajar di Riyadh. Berbeza permohonan di Universiti lslam Madinah iaitu melalui online dan begitu juga Universiti Umm Qura’. Kiranya setiap universiti mempunyai cara tersendiri.
Ada juga universiti yang hanya permohonan borang sahaja tanpa ada temuduga dan ada yang buat temuduga seperti Universiti Islam Madinah dan Universiti Majmaah.
Setelah masa berlalu, pihak kerajaan Arab Saudi telah pusatkan dalam satu sistem iaitu di website rasmi Kementerian Pelajaran bermula 2022. Pemerhatian saya apabila ImamU, PNU, KSU memberi laman web yang sama bagi permohonan baru yang memberi isyarat bahawa pemilihan akan ditetapkan oleh pihak universiti dan pihak kementerian. Bagaimana cara mereka memilih saya pun tidak tahu.
Sekarang saya akan kongsikan cara untuk memohon.
Langkah pertama :
Langkah kedua :
Langkah ketiga :
Langkah keempat :
Langkah kelima :
Langkah keenam :
Langkah ketujuh :
Langkah kelapan :
Langkah kesembilan :
Langkah kesepuluh :
Langkah kesebelas :
Anda akan dapat nombor permohonan. Pastikan screenshot dan buat simpanan.
Akhir sekali banyakkan berdoa.
Semoga bermanfaat.
Abu Nuha Nuwairah.
Salam ust ..sy ada mohon KSU tuk anak sy baru² ni..namun belum dpt apa² respon dr pihak KSU..apa perlu sy dftr di web ” studyinsaudi” ?
Wasalam. Hari tu KSU ada update twitter yang sesiapa yg mohon KSU, kena isi juga dalam website StudyinSaudi. Jadi untuk langkah terbaik, isi kedua-dua sbb website KSU bawah universiti dan StudyinSaudi bawah kementerian.
Syukran ust yer
Sama-sama
Salam ustaz, apa makna شهادة الخلو من السوابق الأمنية ?
Wasalam.. good conduct. Sy dah jelaskan dlm penulisan dokumen permohonan.
Ouh, baik ustaz. Jazakumullahu khairan.
Ni untuk permohonan baru atau untuk check email yng kita di terima atau tk??
Yg email tu bagi yg isi ksu sebelum ni. Yg ni website lain yg bawah kementerian .. utk selamat. Isi dua-dua.
KSU juga perlu mohon ma’had lughah dulu ustaz ya?
Ya…
assalamualaikum ustaz saya tak sempat nk isi maklumat pastu dia terus ter
keluar,mcm mn nk buat ye ustaz?
Owh.. sampai step mana dah?
Barakallahufikum Ustaz.
Salam ustaz, untuk permohonan pnu.. boleh ke saya guna good conduct yang pernah digunakan dalam permohonan yang lepas?
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ .. boleh..
Good conduct tu xboleh lebih 6 bulan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz.
Merujuk langkah kelapan, saya keliru dalam mencari Universiti Imam, sebab ada yang gambar dia Universiti Imam, tapi dia tulis Umm al-Qura.
Ada pula gambar dia universiti lain, tapi nama Universiti Imam.
Pm ana dan tunjuk gambar.
Afwan, soalannya kita perlu ikut nama universiti yang ditulis disitu atau gambar universiti yang diletakkan disitu.
Barakallahufikum Ustaz.
Minta pm ana, dan bagi screenshot.
Yang nama Universiti Imam tu ada kuliah Syariah.
Owh… mmg sejarahnya ImamU tu bermula dgn kuliah syariah. Jadi dia letak gambar kuliah syariah .. hakikatnya byk je kuliah lain.
Assalamualaikum.. kenapa ya dia keluar macam ni je? xkeluar pun syarat2 atau borang ke apa..
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ .. Dah masuk dalam sistem?
saya dah daftar dan dah log in. cuma paparan seperti di dalam gambar je skrg. sistem permohonan tu belum masuk lagi.
Mohon pm ana dah tunjuk screenshot.
dah ada jalan penyelesaian ke ? sbb saya pon jadi macam ni
Sy tak pasti, sbb itu masalah sistem. Sy rasa sistem website StudyinSaudi ni belum stabil molek lg.
Langkah ke 9 Dan kesepuluh Tu boleh buat lps ACC dah selesai proses ya?
Ya… pastikan dokumen dah ada baru isi..
Salam ustaz, boleh saya Iqama Number tahu tu apa ya? Waktu isi permohonan dia minta
Itu IC yg menetap di Saudi. Buka akaun guna email.. pergi dekat “other”.
salam ustaz, berapa universiti kita boleh apply? satu atau lebih?
Apa yg dimaklumkan 3 universiti kita boleh mohon.
yg baru submit UIM pun mohon lagi dalam ni kan?
Ya betul..
1,adakah jenis medical checkup sama seperti yang lazimnya di minta oleh IPT di Malaysia ?
2. adakah sijil kelakuan baik yang dikeluarkan oleh pihak sekolah @ univesity diterima ?
3. adakah syarat pertama kita perlu ikuti kursus bahasa disana dahulu , kemudian baru masuk kos yang dipilih ?
1) Boleh je mana, tp mesti dlm english/arabic
2) ya betul
3) ya betul
salam ustaz, kalau saya takde STAM atau tak ambik bahasa arab semasa SPM boleh ke nak mohon untuk belajar bahasa di mana mana jamiah ? Terima kasih ustaz
Tiada masalah pun.
كشف الدرجات tu document apa?
Letak je SPM .. sbb kita tiada dokumen yg tunjuk markah yg kita dpt.
maaf bertanya mana nak dapat keterarangan berkenaan dokumen yg perlu di upload? tak berapa faham
Certificate of absence from security precedents in Arabic (Should not be older than 6 Months). ni apa ye?
Yg ni good conduct yg diterjemah ke arabic yg mana xboleh lebih 6 bulan.
Security Case-Free Certificate. ni apa ye?
Benda sama dgn good conduct. Apabila kita apply good conduct, kita dpt yg english.
Syukran. dah apply good conduct tapi dia kata sebulan hingga 2 bln baru dapat balasan.
Grade Statement translator for Arabic language?
Surat Kelakuan Baik
Saya ada tulis tentang dokumen tu. Cuba lihat di penulisan sy.
Salam ustaz…permohonan biasanya dibuka dalam tempoh berapa lama?
Selalunya dalam sebulan lebih.
assalamualaikum ustaz , dekat mana nak apply certificate of absence from security precedents @ security case free ?
Melalui online. Website KLN.
terima kasih , sebelum mohon security case free wajib ada passport ka ?
Ya perlu.
Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya kalau dah lepas qobul nihaie untuk university imam biasanya berapa lama ya untuk tau keputusan dapat visa ke tak
Tak menentu. Bergantung kepada Kementerian Pelajaran Arab Saudi.
assalamualaikum, saya nak tanya, masa nak mohon dia suruh pilih diploma/bachelor, jadi kita perlu pilih diploma dulu, atau terus pilih bachelor dan akan automatic termasuk untuk program bahasa arab selama dua tahun tu ?
Wasalam, soalan bergantung universiti mana yg dipohon.
ouhh. boleh saya tahu, lepas kita dah apply, ambil masa berapa lama untuk kita dapat result sama ada kita diterima atau tidak ?
Bergantung cik, ada setahun, ada 2 tahun. Jadi kena banyakkan berdoa sbb belum tentu yg naik nama dpt datang. Bergantung kepada pihak kementerian pula utk berikan visa. Itu yg makan masa.
ouhh faham. terima kasih
Sama-sama