fbpx

Muhasabah Isu Sol – Nasihat Bersama

Masyarakat ini memang suka bakulkan satu cerita sensasi yang menampakkan salah satu pihak yang salah dan salah satu pihak yang betul. Banyak isu yang kita perlu asingkan dari bakul cerita sensasi ni. Kita perlu lihat mana yang salah dan mana yang betul. Bukan untuk menyelesaikan masalah mereka, tapi untuk jadikan kita bersederhana.

Saya asalnya ambil langkah berdiam diri tetapi nak ucap juga satu dua kata-kata.

Isu pertama :

Isu buka cerita kepada umum. Semua orang bersetuju bahawa tindakan ini bukan tindakan yang betul. Orang luar tak perlu tahu masalah pasangan tersebut. Orang luar pula ulas benda yang luar daripada pengetahuan mereka yang menambahkan lagi masalah. Islam melarang suami atau isteri membuka cerita/aib kepada orang luar.

Isu kedua :

Istilah curang. Jika si isteri ada hubungan lelaki lain secara haram, ini dipanggil curang. Begitu juga jika suami berhubungan secara haram, ini juga dipanggil curang. Namun keadaan berbeza jika si suami berkahwin secara sah. Curang yang dimaksudkan ialah pasangan berhubungan dengan orang lain dengan bermaksiat.

Isu ketiga :

Kemampuan si suami dalam berpoligami. Kita semua bersetuju bahawa suami mesti berkemampuan dari segi zahir dan batin. Jangan bakul semua lelaki tidak layak. Allah benarkan bersebab. Ada orang satu tak cukup, ada orang satu pun lelah nak jaga. Kita semua bersetuju yang suami yang tidak berkemampuan tidak layak untuk berpoligami.

Isu keempat :

Pengesahan perkahwinan. Saya ada baca yang Selangor cuba perketatkan pengiktirafan perkahwinan. Sebenarnya hal ni perlu kepada banyak perbincangan. Yang jadi mangsa adalah anak-anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut. Mak ayah budak tu dah berkahwin pun. Jika pengesahan itu disusahkan, akan banyak isu timbul. Jika cukup rukun nikah, pejabat agama kena permudahkan. Isu denda itu terpulang kepada pejabat agama tapi jangan terikut dengan isu sensasi.

Isu kelima :

Perkahwinan di luar. Saya antara individu tertanya-tanya mengapa ramai buat keputusan nikah di luar. Saya tidak berani komen banyak hal ini disebabkan saya tidak berada di tempat mereka. Tetapi banyak menimbulkan persoalan. Saya ada tahu yang perkahwinan di Malaysia untuk perkahwinan kedua diperketatkan bertujuan untuk menjaga maslahah isteri pertama. Tetapi adakah tindakan ini boleh menyelesaikan masalah? Adakah lebih teruk jika mereka ambil jalan untuk berzina? Mana lebih teruk kesannya.

Kita berharap cukuplah berbicara dengan hal rumah tangga orang. Hakikatnya kita hanya tahu luaran shj. Hal restu tak restu apa semua ni. Serah kepada keluarga mereka. Saudara/ri tidak untung satu sen pun jika mengata/mengeji dan anda tidak akan kaya pun dengan perbuatan itu. Kita bukan hanya perlu ada pengurusan harta bahkan pengurusan dosa pahala.

Bukan nama lelaki jika tidak sukakan perempuan. Bukan nama perempuan jika tidak cemburu.

Itulah fitrah manusia.

Abu Nuha Nuwairah.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?