fbpx

Master Your Life – Nota 9

MINI MENTORSHIP

Satu bab yang ditekankan oleh BRC. Erti mudah kata mentor ialah kita meminta tolong orang untuk jadikan petunjuk arah.

Jangan jadi loser.

Hakikatnya mentoring yang salah jika kita pergi kepada seseorang, “Sifu, saya nak tuan jadi mentor saya”. Ini kerana awal-awal lagi kita serah diri yang kita ini lemah dan orang mengambil kesempatan atas kelemahan kita.

Mentoring ialah hubungan.

Kita tidak perlu isytihar yang si fulan/fulanah adalah mentor kita. Kita jalankan hubungan dengan sesiapa sahaja yang kita kagumi. Minta nasihat, minta pandangan, bertanya soalan yang sepatutnya itulah cara mentoring yang betul.

Apabila kita ingin orang lain bantu kita, kita duluan yang mesti tunjuk bahawa kita memang patut ditolong. Tunjukkan usaha kita ke arah apa yang kita perjuangkan dan bukan hanya tunggu disuapkan.

Seorang ilmuan melihat kesungguhan anak muridnya, beliau sendiri bersemangat untuk memberi apa sahaja yang diketahuinya. Begitu juga bab-bab lainnya. Ianya bermula daripada diri kita.

Seolah-olah kita berkata, “aku layak ditolong”.

Jadikan orang-orang hebat disekeliling sebagai panduan hidup. Jalinkan hubungan dengan mereka. Bertanya kepada mereka. InsyaAllah, hidup kita jauh ke hadapan.

Abu Nuha Nuwairah.

4 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?