fbpx

Master Your Life – Nota 6

Orang tua pernah merasa garam.

Pengalaman mematangkan.

Ikutlah jalan orang yang telah berjaya untuk berjaya.

Kata-kata yang sering kita dengar. Satu konsep yang BRC bawa ialah kesederhanaan dalam perbandingan.

Jangan tidak bandingkan sehingga kita tidak nampak jalan. Jangan bandingkan sehingga kita merasa kita tidak layak menjadi seperti dia.

Meniru jalan-jalan orang berjaya adalah satu langkah yang perlu kita ambil. Jangan ambil semua sehingga rasa kita tidak layak, tetapi letak mereka sebagai panduan.

Orang-orang yang telah berumur dan berjaya mereka pernah berada di situasi kita. Mereka juga mengambil langkah yang sama dengan meniru langkah orang yang berjaya sebelumnya.

Mungkin versi kita lebih baik daripada mereka.

BRC membawa cerita beberapa tokoh yang mana mereka menerima sahaja pekerjaan untuk tambah ilmu, networking, dan pengalaman. Ada yang kerjanya sebagai pembersih bilik di dalam studio. Dia ambil kesempatan belajar apa yang terjadi disekeliling, akhirnya dia mengantikan tempat tersebut. Ada yang kerjanya suka membuat minit mesyuarat, akhirnya dia dapat jawatan setiausaha.

Masa muda adalah emas. Energi banyak. Adakah kita hendak sia-siakan sahaja?

Jadikan orang terdahulu sebagai pedoman.

Abu Nuha Nuwairah.

……. bersambung

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?