fbpx

Kuasai Tabiat Capai Matlamat – Nota 2

Nota kali ini saya ingin berkongsi tentang apakah yang mempengaruhi kita dalam membuat keputusan untuk ubah tabiat? Bagaimana? Semua adalah berkaitan dengan perspektif masa. Bagaimana kita menilai dan melihat masa? Bagaimana pula kita berurusan dengan masa lampau, masa sekarang dan juga masa depan.

Hidup ini banyak ujian, banyak godaan, banyak perkara yang kita hendak lakukan. Kita nak makan, kita nak main dengan anak, kita nak tengok tv dan banyak lagi kita nak lakukan. Ya atau tidak, sekarang atau nanti, sabar atau gelejoh sering menjadi pilihan kira dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kunci di sini ialah bagaimana kita berurusan dengan kepuasan. Ada 5 perspektif masa yang disenaraikan :

  1. Past negative – Sedih dengan masa silam, terperangkap dengan masa silam, penyesalan.
  2. Past positive – Kenangan manis masa silam.
  3. Present hedonistis – Kegembiraan, suka-suka, kepuasan pada masa sekarang
  4. Present fatalistic – Terperangkap dengan masa sekarang, tak mampu ubah diri sendiri, risau, stress.
  5. Future focused – Melihat masa depan, fokus masa depan, fokus pada matlamat tetapi ada potensi tekanan kerana terlalu mengejar.

Setiap keputusan dipengaruhi dengan cara kita melihat perspektif masa. Ada orang fikir masa sekarang sahaja. Ada orang fikir masa lampau sahaja. Ada orang fikir masa depan sahaja. Setiap orang menggunakan cara fikir bercampur-campur, cuma mesti ada yang dominan. Kita tak nak fikir masa depan sahaja sehingga lupa untuk bergembira, berehat, lupa nak hidup masa sekarang.

Oleh itu, kita kena kenali diri perspektif masa yang manakah kita selalu fikirkan? Adakah kita tenggelam dengan masa silam? Adakah kita hanya fikir masa depan sehingga lupa masa sekarang? Kerana semua ini akan mempengaruhi cara fikir kita tentang kehidupan ini.

Abu Nuha Nuwairah.

 

 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top
Need help?