Khidmat Nasihat “StudyinSaudi”

RM20.00

Category:

Khidmat Nasihat Permohonan Belajar di Arab Saudi

Terima kasih kerana memilih khidmat nasihat kami. Untuk makluman anda, permohonan akan dibuka bermula 1 Mei 2025. Permohonan ijazah akan tamat 12 Jun 2025 dan pascasiswazah akan tamat 31 Oktober 2025.

Apa Yang Anda Akan Terima?

✅ Khidmat nasihat secara berkumpulan yang akan diatur semula.
✅ Semakan dan panduan lengkap isi borang & susunan dokumen.
✅ Penjelasan syarat terkini dari sumber rasmi.
✅ Tip penting untuk elak kesilapan dalam permohonan.
✅ Panduan tindakan susulan selepas penghantaran dokumen.
✅ Penerangan bagi pemohon lelaki akan disampaikan oleh Ustaz Abu Nuha.
✅ Penerangan bagi pemohon perempuan akan disampaikan oleh Ustazah Aishah.
✅ Penerangan akan diadakan berulang kali, pemohon boleh sertai sesi penerangan berikutnya tanpa bayaran.

🛠 Proses Seterusnya:

1️⃣ Lengkapkan pembayaran untuk mengesahkan sesi khidmat nasihat.
2️⃣ Anda akan diberi link group Whatsapp (dalam tempoh 24-48 jam) selepas pembayaran dibuat. Sekiranya tiada halangan, kami akan bagi lebih awal.
3️⃣ Sesi dijalankan secara online (Google Meet) secara berkumpulan.
4️⃣ Anda akan menerima panduan bertulis (jika ada).

Nota Penting: 

Bayaran yang dikenakan adalah bertujuan untuk ambil komitmen daripada pemohon yang serius sahaja dan nilai khidmat nasihat sebenar jauh lebih mahal daripada apa yang ditawarkan.

Perhatian:

1️⃣ Tiada jaminan permohonan anda akan diterima. Khidmat nasihat kami bertujuan untuk mudahkan urusan permohonan dan tiada kena mengena dengan pihak pengurusan StudyinSaudi.
2️⃣ Segala dokumen perlu diusahakan oleh pihak pemohon sendiri. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk dapatkan dokumen tertentu.
3️⃣ Permohonan untuk pascasiswazah sebelum ini ada masalah permohonan di mana sistem bermasalah apabila menghadkan umur pemohon 25 tahun dan ke bawah sahaja. Jadi, kami tiada maklumat terkini sehingga permohanan dibuka dan lihat sama ada masalah ini telah diselesaikan ataupun tidak.
4️⃣ Pemohon perempuan selalunya ada syarat tambahan iaitu mahram. Sebelum ini, pihak kami dimaklumkan mahram tidak diperlukan tetapi sistem permohonan wajibkan. Jadi, kita perlu lihat syarat terkini selepas permohonan dibuka bermula 1 Mei 2025.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Khidmat Nasihat “StudyinSaudi””

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top