fbpx

Nurha Consultancy ditubuh pada September 2022 oleh Abu Nuha Nuwairah selaku founder dengan wawasan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang agama, perlindungan, pewarisan harta ummat Islam. Fakta telah menyatakan bahawa ramai umat Islam terlepas pandang tentang bagaimana mereka melindungi ahli keluarga jika terlaku apa-apa yang tidak diingini. Begitu juga bagaimana pengurusan harta mereka jika berlaku kematian.

Untuk membantu masyarakat Islam di Malaysia, Nurha Consultancy berusaha menjalankan satu misi untuk menyedarkan dan membantu seramai mungkin tentang pengurusan harta mereka. Saranan akan terus dikongsi supaya kesedaran sampai kepada semua mengikut prosedur yang betul sama ada kaedah Syara’, undang-undang Mahkamah Syariah atau undang-undang Mahkamah Sivil.

Oleh itu Nurha Consultancy menjadi one center kepada pelanggan bagi memudahkan urusan yang melibatkan takaful, perancangan harta dan urus harta pusaka.  Semoga usaha kecil Nurha Consultancy dapat membantu masyarakat, Insya-Allah.

“Erti hidup pada memberi”.

 

Kausar Wealth Management merupakan agensi Terbaik Wasiyyah Shoppe, Syarikat Amanah patuh syariah terbesar di Malaysia yang berada di Petaling Jaya sejak 2015. Syarikat Amanah Wasiyyah Shoppe telah lama berada di dalam industri perancangan harta dan urus harta pusaka.

Fakta telah menunjukkan lebih 90 billion harta yang beku yang tidak dapat ditukar milik si mati kepada pewaris. Hampir 90% jumlah itu daripada umat Islam kita.

Kausar Group banyak membantu perunding dan pelanggan untuk memastikan perkhidmatan terbaik dan telah dinobatkan agensi no1 bagi Wasiyyah Shoppe.

Muhammad Nur Hafidz bin Abd Nasir

Muhammad Nur Hafidz bin Abd Nasir

Penulis, Perunding, Pengajar

Dikenali sebagai Abu Nuha Nuwairah. Anak kelahiran Terengganu dan asal daripada Kelantan. Membesar di Kelantan sejak  kecil sehinggalah melanjutkan ke luar negara. Bersekolah di SK Hamzah 1 (2000-2002), SK Kubang Kiat (2003), SK Seri Ketereh (2004-2006), Mahaah Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (2007-2012). Melanjutkan pelajar ke Universiti Kuwait (2012-2013) dalam Mahaad Lughah dan Kolej Tahfiz Sains (2014) bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia. Akhirnya melanjutkan ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Islam Muhammad ibn Saud, Riyadh (2015-2022).

Abu Nuha Nuwairah meminati pengurusan wang dan beliau telah berguru secara langsung atau tidak langsung melibatkan perlindungan (takaful), perkembangan (pelaburan) dan pewarisan harta (faraid dan lain-lain). Kepakaran beliau dalam pengurusan dan bidang IT tidak asing lagi.

“Hidup biar berjasa”.

Need help?