fbpx

15 golongan kritikal

Tahukah anda bahawa 15 golongan yang akan disebut ini adalah mereka yang wajib ada perancangan harta untuk memastikan keharmonian, menjaga silaturrahim, dan mengelak berlaku pergaduhan sesama waris. Secara realitinya telah berlaku di dalam masyarakat kita perselisihan yang berpanjangan sehingga mewarisi perbalahan tersebut antara keluarga. Puncanya ialah harta. Harta boleh memusnahkan hubungan keluar jika tidak diurus dengan baik. Kemungkinan anda juga termasuk dalam kalangan 15 golongan ini.

Pasangan yang tiada anak

Si mati (suami/isteri) yang tidak mempunyai anak, suami akan dapat 1/2 dan isteri akan dapat 1/4 dari harta pusaka. Harta untuk kelangsungan hidup; rumah, kereta dan lain-lain perlu dikongsi bersama adik-beradik arwah. Sekiranya pasangan membuat tuntutan harta sepencarian, mahkamah yang boleh menetapkan sehingga 50% sahaja daripada harta tersebut mengikut sumbangan. Andai kata harga rumah bernilai RM500k, 1/4 sahaja milik isteri dan baki adalah milik waris lain. Jika perancangan tidak dibuat, adakah rumah terpaksa dijual? atau nama hartanah tersebut dimasukkan semua nama waris?  

Pasangan yang mempunyai anak bawah umur

Tahukah anda jika berlaku kematian dan antara waris mereka ialah adalah anak bawah umur, harta tersebut akan dipegang oleh Amanah Raya Berhad sekiranya si mati tidak melantik penjaga harta sehingga umur 18 tahun. Hal ini akan jadi rumit jika harta diletakkan penama atas anak bawah umur. Jika si mati tidak melantik si isteri sebagai penjaga harta, si isteri terpaksa pembuat permohonan bagi mendapat harta anak tersebut bagi urusan tertentu. Oleh itu, perancangan harta perlu dibuat bagi mengelakkan kesukaran dalam menguruskan harta pusaka.

Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja

Mengikut hukum Faraid, anak perempuan dapat 1/2 jika seorang atau 2/3 jika ramai. Ini bermakna harta yang berbaki akan pergi waris asobah (ayah, datuk, adik beradik lelaki, anak saudara lelaki….) dan pemilik harta melibatkan waris luar. Sebagai contoh, pasangan yang mempunyai rumah yang tinggal bersama anak perempuan mereka. Apabila suami meninggal, isteri dapat 1/8 dan anak perempuan dapat 2/3 (paling banyak) dan baki akan pergi ke waris asobah. Untuk pembahagian harta pusaka, waris asobah berhak ke atas harta tersebut. Andai rumah tersebut bernilai RM500k, setelah ditolak jumlah harta tersebut berbaki RM70k milik waris asobah. Jika perancangan tidak dibuat, rumah tersebut perlu dijual? atau isteri memberi wang tunai untuk ganti bahagian waris asobah? atau bagaimana?  

Pasangan yang mempunyai anak Angkat

Anak angkat bukanlah ahli waris jika berlaku kematian. Pasangan atau individu yang tidak berkahwin tetapi memiliki anak angkat tidak boleh mewarisi hartanya. Oleh itu, anak boleh mewarisi harta melalui beberapa cara mengikut syariat antaranya hibah ataupun wasiat. Hibah pemberian masa hidup manakala wasiat pemberian selepas kematian. Namun wasiat tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta kecuali dengan izin ahli waris yang ada. Perancangan harta dapat merealisasikan hasrat anda mengikut syariat. 

Pasangan yang mempunyai anak ramai

Anak yang ramai bukanlah satu perkara yang mudah. Kehidupan anak-anak juga berbeza, ada yang senang, ada yang susah, ada yang berpelajaran, ada yang bersekolah sehingga menengah sahaja. Ada dalam kalangan mereka yang banyak menolong ibu ayahnya dan ada yang tidak ambil hal langsung. Ada yang berilmu dan ada juga yang kurang ilmunya. Mudahnya mereka berbeza dalam banyak hal. Sekiranya berlaku kematian, adakah harta kita menjadi satu rahmat atau puaka? Perancangan harta perlu dibuat bagi mengelakkan pergaduhan kelak dan harta kita siapa yang akan uruskan?

Pasangan yang berpoligami

Kes perebutan harta bagi pasangan berpoligami sering menjadi topik hangat masyarakat kita. Hak isteri dalam harta pusaka suami ialah 1/4 jika tiada anak dan 1/8 jika ada anak. Jika suami berpoligami 4 orang sekalipun, hak isteri dikongsi bersama dalam bahagian yang sama. Oleh itu, pergaduhan akan timbul antara isteri sekiranya perancangan harta tidak dibuat. 

Hasrat untuk pembahagian sama rata

Hasrat pasangan berbeza mengikut keluarga. Ada yang hendak bahagikan ikut faraid, ada yang ingin bahagi sama rata. Namun, apakah kaedah yang paling selamat untuk mencapai hasrat tersebut? Kita ada banyak cara yang menepati syariat. Perancangan perlu dibuat semasa hidup. Hasrat kita melalui wasiat tidak terpakai untuk ahli waris kecuali ada persetujuan bersama. Hukum faraid adalah yang paling utama, jika ada yang tidak bersetuju, maka hukum syariat diaulakan.

individu yang tidak berkahwin

Bagi individu yang tidak berkahwin, mereka ada harta yang akan diwariskan kepada ahli waris yang layak. Kemungkinan kita ada anak saudara disayangi. Mereka bukan tidak dapat harta pusaka jika dihalangi oleh waris lain. Perancangan perlu dibuat bagi memenuhi hasrat kita.

individu yang berkahwin baru

Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Pasangan yang telah meninggal dan berganti baru. Si suami berkahwin baru dan dia telah memiliki beberapa orang anak dengan arwah isteri. Sekiranya berlaku kematian kepada si suami, konflik mungkin timbul apabila ibu tiri kepada anak-anak mewarisi harta ayah mereka yang mungkin ada terselit juga harta arwah ibu mereka. Jika perancangan tidak dibuat, perbalahan akan terjadi antara mereka.

Pasangan yang membeli harta secara bersama

Buat masa sekarang, bukan mudah bagi mana-mana individu membuat pinjaman bank kecuali memiliki kewangan yang kukuh. Bank membenarkan pinjaman dibuat di atas beberapa nama. Perkara ini baik untuk satu sudut dan mungkin menjadi satu bencana jika tidak dirancang. Sebagai contoh rumah dibeli atas nama bersama, yang membayarnya juga bersama. Apabila berlaku kematian salah seorang, ahli waris berhak ke atas rumah tersebut. Hak isteri hanyalah 1/4 atau 1/8 dan dicampur sehingga 50% harta sepencarian. Namun, sudah tentu harta tersebut ada hak waris lain yang tidak tinggal bersama daripada ahli asobah (bapa, datuk, adik beradik) sekiranya tidak mempunyai anak. Bagaimana rumah tersebut? Dijual? Bagaimana pula jika rumah belum habis dibayar? Semua ini perlukan perancangan.

Pasangan yang mempunyai anak OKU

Bukan mudah untuk membesarkan anak Orang Kurang Upaya (OKU) atau anak istimewa. Pasangan perlu banyak bersabar ketika membesarkan mereka. Anak-anak syurga ini sangat disayangi Allah. Walaupun terdapat hak faraid untuk anak-anak lelaki dan perempuan si mati, bukan semua anak-anak OKU akan dapat menjaga diri mereka sendiri. Sekiranya mereka berumur kurang dari 18 tahun, kebajikan mereka adalah bawah tanggungan pemegang amanah. Adakalanya pemegang amanah adalah waris-waris lelaki dari sebelah bapa seperti pakcik atau datuk yang mempunyai bahagian faraid sekiranya berhak. Adakah anda rasa mereka mempunyai kesabaran sepertimana anda untuk menjaga anak-anak syurga ini?

ahli perniagaan

Perniagaan adalah satu sumber kewangan bagi seseorang dan ia bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan ahli perniagaan menginginkan harta tersebut diwarisi oleh keluarga. Namun, adakah hasrat anda tercapai sekiranya tidak membuat perancangan?

Salah seorang pasangan adalah mualaf

Faraid tidak mewariskan harta kepada orang bukan Islam. Sekiranya suami adalah anak tunggal yang sudah kematian ibu dan bapanya, bahagian asobah suami akan diserahkan kepada pihak Baitulmal. Tetapi, sekiranya kedua ibubapa suami masih hidup dan suami ingin memberikan sedikit hartanya kepada ibubapanya yang bukan Islam, maka ada cara lain untuk memastikan hasrat tercapai iaitu hibah.

memberi hadiah kepada yang tersayang

Jika ada ingin memberikan harta kepada yang tersayang, maka perancangan perlu dibuat. Antara bentuk pemindahan harta yang dibenarkan syara’ ialah dengan berwasiat. Namun tidak boleh melebihi 1/3 harta. Cara lain pula ialah dengan melakukan hibah.

individu yang bakal menunaikan haji & umrah

Mengerjakan haji atau umrah adalah salah satu aktiviti jihad. Orang dahulu kala kadangkalanya pergi tidak kembali dengan permusafiran yang agak lama. Seseorang yang mati ketika beribadah adalah tergolong dalam orang-orang yang mati syahid. Oleh kerana itu, adalah amat digalakkan sekiranya membuat persediaan yang terbaik sebelum mengerjakan umrah agar kita dapat menumpukan perhatian dan tenang ketika beribadah di rumah Allah nanti.

khidmat nasihat

Nurha Consultancy merupakan Daie Mawarith (DM) bagi Syarikat Amanah Wasiyyah Shoppe bagi menyelesaikan pengurusan harta mengikut syariat dan undang-undang. Nurha Consultancy memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada tuan puan secara bersemuka ataupun secara online. Jangan lupa temujanji kita.

 

keistimewaan

Mengapa anda perlu memilih Nurha Consultancy? 

 

Pengurusan secara sistematik.

Kami mengatur segala urusan secara teratur dan bersistem.

Khidmat nasihat yang berterusan.

Kami bersedia memberikan nasihat, pandangan yang berterusan kepada anda mengikut informasi semasa dari segi syariah dan undang-undang.

Berkelayakan.

Abu Nuha Nuwairah merupakan lepasan bidang Syariah yang secara langsung dapat memberi solusi dari hukum hakam dan juga ANN melalui beberapa program berkenaan undang-undang berkenaan pewarisan di Malaysia.

Khidmat nasihat yang releven.

Nurha Consultancy akan menyarankan kepada anda solusi yang bersesuaian dengan keadaan anda.

Berpengetahuan terkini.

Nurha Consultancy akan memaklumkan informasi terkini daripada sumber-sumber yang dipercayai.

Nasihat secara percuma.

Nurha Consultancy akan memberikan nasihat secara percuma kepada anda.

Need help?